3 tanda kebahagiaan menurut Ibnu Qayyim:
1. Bersyukur ketika mendapat nikmat
2. Bersabar ketika mendapat ujian
3. Bertaubat ketika melakukan kesalahan
3 tanda kebahagiaan menurut Ibnu Qayyim:
1. Bersyukur ketika mendapat nikmat
2. Bersabar ketika mendapat ujian
3. Bertaubat ketika melakukan kesalahan
Okay nak cerita sikit pasal forensic posting haritu. Ramai pernah dengar pasal forensic ni kan especially yang suka follow cerita2 penyiasatan macam Sherlock Holmes, Detetive Conan, CSI dan seumpamanya. Sebenarnya forensic ni besar dan ada banyak skop tugas. Dalam tu ada lawyer, police, scientist, doctor etc. So apa yang kami belajar of course dalam skop doktor. Doktor bertugas melaksanakan post-mortem/autopsy (pembedahan mayat) untuk mencari punca kematian. Dan bukti2 ini berguna untuk polis lakukan siasatan. So yes, doktor tak boleh bagi asumsi apa2 (penaakulan dalam kes jenayah umpamanya), hanya mencari bukti dalam bidangnya sahaja. Penyiasatan seterusnya akan dilaksanakan oleh polis dan pihak yang berkenaan (nak lakukan autopsy juga merupakan arahan polis tak ingat dah akta dia hshsh).
Alright. Forensic ni kami belajar masa Year 4. Ada 2 bahagian, satu teori, satu praktikal. Tak lama pun, dalam 2 minggu teori dan seminggu praktikal. So teori macam biasalah lecture dalam kelas. Untuk praktikal, kami diberi pilihan 4 hospital untuk observe bagaimana autopsy dilakukan. Antara hospitalnya termasuklah Hospital Selayang, Hospital Melaka, Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar), dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan). Masa tu Hospital Selayang dan Hospital Melaka dah penuh, cepat betul semua orang cop. Tinggal HTAA dan HSB. Di sebabkan posting yang lain2 kami pergi juga HTAA, so saya pilih HSB ambil pengalaman posting di hospital dan negeri lain. Ajak juga beberapa kawan2 yang lain untuk ke sana :D
Panjang kisah forensic ni, of course banyak pengalaman baru yang saya dapat. Cumanya posting ini personally terasa amat berat bagi saya. Yelah, tengok mayat somehow memberikan suatu rasa yang berbeza. Masa ni baru betul2 rasa benarlah kematian itu sebagai suatu pengajaran.
Malam hari saya sukar untuk tidur. Banyak perkara saya renungkan. Dada terasa sesak, air mata mengalir membayangkan apa yang dilihat di waktu siang. Saya melihat tubuh yang tidak bernyawa, melihat keluarga si mati yang menangis kesedihan, saya melihat bagaimana mayat keras dibedah dan dipotong. It was expected sebenarnya sebab dah belajar dalam teori, tapi bila in real life, rasanya berbeza. And it hurts. A lot. Saya banyak bermuhasabah, saya banyak berfikir. Ada perkara yang Tuhan Nak saya pelajari daripada pengalaman ini. Saya yakin ada sebab, kerana takdir tidak pernah mensia-siakan kita. Saya selalu juga fikir kenapalah saya kena tengok semua benda ni, kenapalah belajar medic (persoalan yang takkan pernah berhenti haha), tapi itulah, sentiasa ada pelajaran dalam setiap episod kehidupan.
Antara yang saya boleh kongsikan di sini ialah:
1. Mati itu pasti
Sebagai Muslim, kita semua yakin yang kita semua (tanpa terkecuali) akan menemui kematian dan pulang bertemu Tuhan. Seperti dalam ayat Al-Quran di bawah;
...كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati..."
(Ali-Imran: 185)
Melihat kematian di depan mata, mengukuhkan lagi keyakinan kita akan perkara ghaib, termasuklah kehidupan selepas mati dan hari akhirat.
2. Ingat mati membawa banyak kebaikan
Dipetik daripada buku Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah, karya As-Syahid Sheikh Mustafa Mashur;
"Betapa perlunya kita menghakis kesan-kesan kelekaan. Berfikir tentang perkara ghaib dengan mengandaikan ia telah berlaku dan kita sedang melaluinya. Seolah-olahnya ia terjadi seperti yang digambarkan Al-Quran dan Sunnah. Hasilnya, tafakkur ini akan memberikan pertimbangan yang hakiki terhadap perkara ghaib, lalu menggesa kita untuk beramal dan bersedia untuk menghadapi perkara ghaib. Ia adalah kesudahan kebahagiaan kita."
Setiap hari kita dituntut untuk mengingati pemutus kelazatan, iaitu mati. Doa hendak tidur dan bangun tidur yang diajar Rasulullah menjadi peringatan buat kita sehari2.
Teringat juga akan sebuah hadis;
Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya)."
(Berkata Abu ‘Isa : Hadith ini hassan, sebagaimana riwayat at-Tirmizi, No. Hadith : 2459)
Sumber : http://myhadith.islam.gov.my/viewhadiths.php?id=555&type=mh
Orang yang cerdik ialah orang bersiap untuk kemudian hari. Kerana di sanalah kehidupan kita yang abadi.
3. Fizikal hanya sementara
Melihat autopsy terhadap sekujur tubuh yang sudah terpisah jasad dan ruhnya, menyedarkan saya bahawa badan kita hanyalah fizikal semata. Si mati sudah tidak merasa apa2. Manusia sudah bertukar menjadi mayat. Rupa paras dan kecantikan sudah tidak lagi bermakna, jasad kita akan ditanam kemudian mereput. Yang paling penting ialah hati kita.
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.” (HR Muslim dan Tabrani)
Tubuh pinjaman ini hanyalah sebagai alat yang membantu kita untuk beribadah, tidak lebih daripada itu.
4. Berbekallah
Akhirul kalam, berbekallah. Masa kita tak banyak. Mati ni tak mengira usia, apabila tiba waktunya, kita juga akan dipanggil pulang.
وَلِكُلِّ اُمَّةٍ اَجَلٌۚ فَاِذَا جَاۤءَ اَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُوْنَ سَاعَةً وَّلَا يَسْتَقْدِمُوْنَ
Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta dan menunda percepatan sesaat pun. (Al-A'raf:34)
Bersediakah kita? :') Sama2 kita doa moga Allah matikan kita dalam pengakhiran yang baik. Ameen. Cukuplah kematian sebagai suatu peringatan.
Learning-wise, banyak saya belajar terutama dari segi Anatomy. Got to see them from real human being. Best je forensic medicine ni tapi tulah, not for me kot. Tak mampu saya tengok banyak2 kali TT Oh yes, kami ada jumpa alumni, yang juga merupakan pakar forensik di sana. Dan ada jumpa artikel beliau ditemu ramah, sangat menarik. Lebih banyak membahaskan mengenai forensic medicine. Boleh baca artikel tu di sini:
Sambil belajar, jalan2, dapat life lesson juga. Kami pusing2 kota Alor Setar, pergi menara, shopping kat pekan rabu, food hunting, makan laksa, menikmati pemandangan sawah yang terbentang luas- a very calm and peaceful city indeed. Pemandu2 kereta pun tenangg je semua bawak haha. Dan hujung minggu tu pula saya tak balik terus, sambung ziarah sahabat2 dan murabbi2 di Perlis. Sambil menyelam minum air gitu. Tamat sudah seminggu posting di HSB. Pengembaraan jauh yang amat bermakna.
Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali pada Allah di awal perjalanan.
-Ibn Atthailah
Bismillah. Habis kelas Introduction to Psychiatry hari ini. Kini aku di bilik seminar hospital, mengambil semangat untuk buat tugasan posting ini. Duduk sorang2 ni macam2lah terfikir kan. Layan pulak lagu2 sendu (siapa suruh hmm).
I don't know. It is hard to express our feeling, also thinking. Kadang semua tu bermain di fikiran, tapi susah untuk diluahkan. Teringat Dr kata pagi tadi, penting untuk kita luahkan so that ia tak bertakung dalam dada, ia akan buat lebih sesak.
Tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Sedar tak sedar, blog ni dah pun 7 tahun. Masa terus berlalu dan usia kita terus bertambah. Daripada pelajar sekolah menengah kini sudah menigkat dewasa. Banyak perkara baru yang ditempuh. Rakan2 dah ada yang grad, bekerja, memasuki alam perkahwinan, dan ada juga yang sudah dikurniakan cahaya mata, Alhamdulillah. Semua fasa masing2, sesuai dengan kemampuan masing2.
Pada usia sebegini, perasaan untuk berpunya itu sentiasa hadir, namun kita tahu kita masih belum bersedia. Kita semua ada perasaan, fitrah yang Allah Anugerahkan. Memendam perasaan, kadang itu lebih sakit. Kadang kita rasa kalau kita tak luahkan macam mana dia nak tahu? Tapi percayalah, kalau belum masanya, kalau masih belum bersedia jangan start dulu. What meant for you will be for you. Yakinlah bahawa Allah dah Tetapkan yang terbaik untuk kita. Dan Dia akan menggerakkan kedua-dua hati, bukan satu sahaja. Dan waktu inilah waktu yang kritikal untuk kita terus mujahadah. Syaitan boleh mengalahkan kita dengan mudah andai kita ambil ringan. Masuk melalui ruang2 halus untuk merosakkan kita tanpa kita sedari. Ya, kita tak kuat, sebab tu kita perlukan bantuanNya sentiasa. Doa pada Yang Mengetahui segala.
Kita ada contoh ikutan yang kita boleh selalu rujuk. Sebagai wanita, kita boleh perhatikan bagaimana sirah sahabiyah terdahulu, iaitu wanita2 yang dekat dengan Baginda SAW. Kita boleh pilih untuk mencontohi Saidatina Fatimah; mencintai dalam diam, menunggu sehingga bertemu dengan yang terbaik dan disambut dengan ucapan "ahlan wasahlan" oleh ayahandanya SAW. Ataupun kita boleh pilih untuk mengikuti jejak Saidatina Khadijah, seorang wanita bangsawan dan disegani; yang memulakan langkah dengan menyatakan hasrat untuk menikahi Baginda melalui orang tengah iaitu pekerjanya, Maisarah.
Kedua-duanya contoh terbaik. Yang penting- jangan mula kalau belum bersedia. Tahan diri dan perasaan, mujahadahlah. Kalau melaluinya tanpa perancangan, kita akan binasa. Jangan rosakkan rumahtangga akan datang dengan jalan2 yang Allah Murkai. Nafsu itu selalunya memang kelihatan menyeronokkan :')
حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ
Maksudnya: Syurga itu dipenuhi dengan perkara-perkara yang dibenci, manakala neraka pula dipenuhi dengan perkara-perkara yang selari dengan dorongan syahwat.
Sunan al-Tirmizi (2560)
Kalau jodoh masih belum tiba, tidak mengapa. Ia menjadi ruang untuk kita banyak mengkoreksi diri, perbanyakkan ilmu dan amal. Inilah ruang untuk kita berbakti kepada keluarga, mengembara, perbanyakkan pembacaan dan penulisan; yang mana agak sukar kita lakukan setelah berkeluarga dan mempunyai komitmen yang lebih besar seperti bekerja. Ingatlah bahawa keluarga sakinah itu memerlukan 2 individu, bukan seorang sahaja yang berusaha menjadi baik. Dan ianya bermula dari sekarang.
Soal jodoh itu,
Tiada istilah lambat atau cepat, yang penting ianya yang tepat.
Sentiasa ingat bahawa,
Bukti cinta terbaik adalah dengan menjaga.
Jaga hati dan diri kamu, sehingga bertemu yang terbaik.
#singlelillah gitu ;-)
Pagi yang tenang, seperti biasa setelah menukar pakaian kepada scrub, aku lantas ke klinik. Kelihatan rakan-rakan ramai sedang berkumpul di laluan berhampiran consultation room.
"Ada apa pagi ni?" Aku menyapa.
"Kitorang ada session dengan Prof Amin pagi ni" Salah seorang daripada kumpulan itu menjawab.
"Ouh okayy, kalau nak join sekali boleh ke?" Peluang. Kami group mentee yang lain, jarang ada teaching tapi selalulah menumpang group lain hehe.
"Boleh2"
Tidak lama selepas itu Prof datang, dan masing2 mengekori beliau sehingga ke salah satu consultation room di klinik. Semua bergegas mengambil kerusi dan menyusunnya separa bulatan di hadapan Prof.
Kelihatan buku teks agung Orthopaedics, Apley and Solomon yang masih baru terletak di atas meja bilik itu.
"Pernah tengok buku ni? dah baca belum? Buku ni baru lagi saya dapat hadiah orang bagi.." Kami hanya memandang sesama sendiri.
"Harini saya tak nak buat teaching, tapi saya nak ajar cara baca buku ni" Kami mengangguk2.
Prof menekankan pentingnya membaca buku teks untuk gain knowledge, berbanding search di internet mahupun membaca nota2 yang lain. Dan knowledge tu hanya sekadar info jika tidak diaplikasi. Knowledge= info + application. Nak aplikasi, kena ada ilmu dan ilmu tidak bermakna jika tidak diaplikasi. Buku sebagai tools/alat untuk kita gain knowledge. Wahyu pertama merupakan Iqra': bacalah. Allah tekankan pembacaan sebagai cara mendapatkan ilmu. Tidak dapat tidak, ataupun kalau dalam bahasa Arab, 'la budda', mesti melalui pembacaan. Pastikan kita semua ada buku yang tengah baca sekarang. Kena budayakan membaca. Untuk membaca buku teks, mungkin agak berat kerana ianya agak tebal;
So here is what Prof shared on how to read a textbook:
Membaca bukan sekadar membaca, gunakan konsep active learning iaitu kita aktifkan semua pancaindera kita untuk fokus. Kalau physical examination dalam ortho guna konsep "look, feel, move", nak baca buku pun sama. Tengok, baca dengan jari pada tulisan dan gerakkan ikut pembacaan.
Dan nak mula membaca, avoid any distractions. Jauhkan phone dari pandangan. Kosongkan masa untuk membaca. "Find your own time to study. Cause later there will be time where you don't have time to study".
1. Apa2 pun, mula2 sekali bila dapat buku, tak kira buku apa, balut buku dan tulis nama. Kemudian, baca preface, introduction, acknowledgement dan table of contents di bahagian depan buku, dan jangan lupa juga baca synopsis/summary/recommendation di belakang buku. Daripada situ kita akan dapat tahu overview buku tu, target group buku tu, sesuai ke tak untuk kita.
2. After that, Prof ajar untuk bukak setiap helai. Bukak sehelai demi sehelai, tekan di bahagian tengah buku bagi dia terlipat di tengah. Bukak(selak dari atas buku) jangan bagi ada helaian yang terlekat sampailah helaian terakhir.
3. Lepastu mulakan bacaan dengan membaca main topics sahaja. Dari depan saaampai belakang, baca tajuk besar sahaja. Tak perlu baca lagi ayat2 dalam perenggan tu.
4. Dah habis sampai belakang, ulang dengan baca small topics pulak.
5. Sama juga, lepas dah habis small topics, baca semua table/graft/chart sahaja pula.
Semua ni boleh habis dalam masa sejam lebih sahaja. Cara ni penting dan berkesan sebab walaupun kita baca benda2 penting sahaja, tapi dah tersimpan dalam memori kita. So lepas ni nak cari kita tahu dah kat mana, dan kita tahu apa yang penting untuk kita tahu. Kita pun akan jadi eager untuk baca lagi sebab dah tengok dah semua part2 yang menarik.
Jadi before teruskan dengan perenggan2 ayat2 halus yang lain tu, Prof kata take a break dulu. Buat air ke, kacau kawan ke. Jangan lama sangat, dalam 10-15 minit sahaja, then baru baca specific topic yang kita nak belajar dulu(dah go through table of contents kan tadi).
Begitulah. Mungkin selama ni kita rasa mustahil nak habiskan semua satu buku teks yang tebal tu, tapi at least jangan tinggal terus. Bila guna cara ni kita boleh go through satu buku, dan paling penting, kita tahu kat mana nak cari. Macam kita cari missing piece of knowledge gitu.
We will appreciate it if we know it. Bila kita tahu, baru kita akan seronok dan hargai.
Atau ayat keramat sepanjang medical school: The eye cannot see what the mind does not know.
Kalau kita tak tahu, kita tak akan nampak signs/symptoms tu pada patient. Kita tak boleh relate all the findings. Sebab tu penting untuk sentiasa membaca dan belajar.
Moga Allah Berkati waktu kita, sucikan hati kita supaya mudah untuk menuntut ilmu. Ameen.
Just realized this is my very first post for this year.
I want to share something that I found from my friend's whatsapp status that caught my attention. It was a screenshot from twitter which I believe she got it from others. The tweet is as below:
Nak normalised apa benda? Ni bukan culture nak normalised2.
Hshshs okay gurau2. Kalau tgk ayat ni, ringkas sahaja tapi mendalam maksudnya. Jika kita sensitif terhadap masyarakat sekeliling kita- kita boleh relate dengan ayat ni. Betapa kurangnya pemahaman terhadap Islam yang sebenar. Ataupun istilah yang tepat ialah Islam di kad pengenalan semata.
Perkara-perkara haram yang Allah Murka menjadi kebiasaan. Hari demi hari, ia tidak lagi menjadi masalah. Maksiat berlaku secara terang-terangan. Oleh kerana perkara ini dibiasakan, ramai menganggapnya betul.
Di zaman penuh cabaran ini, kita dapat lihat perkara yang salah dianggap betul, dan yang betul dianggap salah dan asing.
Menutup aurat dengan sempurna dianggap asing.
Memberi salam dianggap asing.
Tidak merokok dianggap asing.
Tidak couple dianggap asing.
Mencarut dianggap biasa.
Bergaul bebas lelaki dan perempuan dianggap biasa.
Meninggalkan solat dianggap biasa.
Porn dianggap biasa.
Lupakah kita akan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini?
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali-Imran:104)
Islam juga bermula dalam keadaan asing. Islam bertentangan dengan kebiasaan masyarakat Arab ketika itu. Bertahun-tahun mereka dengan pegangan dan amalan jahiliyah, penerimaannya menjadi sukar. Islam datang membawa kebaikan namun dibalas dengan pelbagai ancaman dan cacian.
Hadis di bawah menceritakan mengenai perkara ini:
بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam datang dalam keadaan yang dagang(asing), akan kembali pula dalam keadaan dagang(asing). Sungguh beruntungnlah orang-orang yang dagang(asing)” (HR. Muslim no. 145).
Islam akan kembali asing di akhir zaman. Bukan kerana berkurangnya orang Islam, tetapi penghayatannya berkurang. Semakin sedikit umat Islam yang betul-betul mengambilnya sebagai cara hidup. Hujung ayat ini menekankan beruntunglah orang-orang yang asing. Beruntunglah orang-orang yang menjalankan amar makruf nahi mungkar di zaman penuh pancaroba ini; di kala masyarakat berebut-rebut mengejar dunia dan mengabaikan akhirat.
Saya terjumpa nasyid Ghuraba' ini yang mana liriknya boleh sama-sama kita hayati;
Sentiasa betulkan yang biasa. Biasakan yang betul. Jangan kerana manusia, kita langgar hukum Allah. Bukankah Redha Allah itu paling utama?
"Siapa yang mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan manusia, Allah akan mencukupkannya dari tanggungan manusia. Siapa yang mencari keridhaan manusia dengan kemurkaan Allah, maka Dia akan menyerahkan urusannya kepada manusia." (HR Tirmidzi).
Macam mana nak atasi dagangnya Islam kali kedua? Kembali seperti orang terdahulu kembali. Islam dahulu bermula dengan keadaan asing juga. Kembali kepada rujukan teragung. Kembali kepada Tarbiyyah Rasulullah SAW.
Persiapkan diri dengan ilmu. Lihatlah dunia dengan kaca mata akhirat, bukan nafsu. Teruslah bermujahadah meskipun berat.
Carilah kebaikan carilah di tempat yang penuh kebaikan. Lazimi berkunjung ke masjid, berkawan dengan orang-orang soleh. Semoga kita dapat juga tempiasnya. Bacalah buku-buku agama. Yang terbaik adalah melalui sumbernya.
Pegang dalam hati- Pilih bukan kerana ramai, tapi kerana betul.
Biarlah kita lain daripada yang lain (ada tamayyuz). Biarlah kita asing di mata manusia.
Semoga kita tidak asing di penduduk langit.
Ingatlah hadis ghuraba' ini sentiasa.
Fathuba lilghuraba'. Beruntunglah ghuraba'. Beruntunglah orang2 yang asing.
Semoga kita termasuk dalam kalangan itu.
Baru-baru ini telah berlangsung Olimpik di Tokyo yang mana sepatutnya diadakan pada tahun lepas, namun ditunda kerana pandemik yang melanda dunia. Negara-negara seantero dunia menghantar atlet-atlet terbaik mereka untuk bertanding di sana. Oleh kerana faktor keselamatan, Olimpik kali ini memberi pendekatan berbeza dengan menerapkan SOP tertentu terutama di pusat penginapan, dan juga stadium perlawanan. Bilangan penyokong yang boleh hadir ketika perlawanan juga menjadi terhad. Penyokong2 dari seluruh negara mengambil tempat di hadapan televisyen dan juga komputer riba mereka untuk menyaksikannya secara langsung.
Sukan merupakan satu arena yang menyatukan pelbagai manusia tidak kira agama, bangsa dan negara. Begitu juga rakyat Malaysia; semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat. Pemimpin negara, bekas atlet negara, artis tanah air, pekerja mahupun pelajar, dewasa juga kanak2, semua tidak terkecuali, termasuklah kami selaku penuntut universiti yang ketika itu sedang menjalani study week iaitu jangka masa seminggu persediaan sebelum peperiksaan (curi2 mengambil 'break' menonton perlawanan dengan harapan menghilangkan stress belajar eh boleh pulak haha). Antara acara yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia termasuklah acara gimnastik, badminton, terjun(diving) dan juga berbasikal yang menjadi harapan untuk membawa pulang pingat sukan berprestij dunia itu.
Acara-acara tersebut disokong meriah oleh rakyat di tanah air. Di asrama, kedengaran bunyi riuh rendah suara pelajar2 tidak terlepas memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Setiap acara berjalan dengan baik dan lancar. Pingat pertama Malaysia diraih oleh pasukan beregu badminton. Acara berikutnya, acara kemuncak bagi terjun dan acara berbasikal berlangsung pada hari terakhir temasya itu. Masing2 telah melakukan yang terbaik, namun tiada rezeki diperoleh melalui acara terjun. Acara berbasikal yang seterusnya menjadi taruhan seluruh rakyat, berlangsung dengan begitu hangat sekali. Diwakili oleh atlet negara yang tidak asing lagi; Dato Azizulhasni Awang dan juga Shah Firdaus. Namun begitu, insiden yang tidak diingini berlaku terhadap Shah Firdaus yang menyebabkan beliau menghadapi kecederaan di bahu. Dato Azizulhasni meneruskan perjuangan dan berjaya peroleh pingat perak buat negara. Suatu pencapaian yang amat membanggakan. Kejayaan yang sungguh epik disaksikan oleh berjuta rakyat Malaysia. Semua atlet telah menunjukkan usaha dan semangat mereka yang tinggi untuk melakukan yang terbaik. Pengorbanan demi pengorbanan dilakukan dan telah mereka tunjukkan keupayaan serta kehebatan mereka tersendiri yang melayakkan mereka beraksi di arena antarabangsa ini.
Panjang bukan main pendahuluan, dah macam pengulas sukan haha.
Olimpik sudah berakhir, dan atlet2 sudahpun pulang ke tanah air menjalani kuarantin. Satu demi satu temu ramah dilakukan membongkar pelbagai kisah kejayaan mereka. Termasuk kisah pengorbanan meninggalkan keluarga jauh merentasi benua bagi menjalani latihan dan persediaan untuk pertandingan. Sakit, penat dan lelah. Itulah perkataan yang boleh digambarkan buat mereka. Namun begitu, itu semua tidak membakar semangat mereka untuk terus maju kehadapan. Antara temu ramah yang menarik perhatian saya ialah temu ramah bersama Dato' Azizulhasni Awang; yang masyhur dengan gelaran the roket pocketman. Saya suka semangat dan cara fikir yang beliau tunjukkan yang mana saya rasa amat patut untuk dicontohi. Fokus utama post ini sebenarnya bukan berkaitan sukan, namun berkaitan mentaliti; cara berfikir mengenai sesuatu.
Antara yang sering disentuh oleh beliau ialah berkenaan mentaliti. Saya yakin, dengan mentaliti beliau seperti inilah yang membawa beliau ke persada antarabangsa. Beliau pamerkan world class mentality yang sepatutnya menjadi contoh buat kita semua. Cara berfikir merupakan sesuatu yang amat penting kerana ia merupakan titik mula sesebuah kejayaan. Bagaimana kita boleh berjaya jika kita sendiri tidak yakin dengan diri sendiri?
Jika kita berjaya mengatasi minda kita, itu sudah dikira satu kejayaan. Kita menang sebelum menang. Kita menang sebelum bertanding secara fizikalnya. Keputusannya lain cerita, yang penting titik mulanya betul. Outcome nya mungkin kadangkala tidak seperti yang diinginkan, namun itu bukan di bawah kawalan kita. Keputusannya Allah Beri setelah kita usaha dan bertawakkal. Kita hanya mampu usaha sehabis mungkin dan redha dengan ketentuanNya.
Elemen2 badan kita sangat dinamik dan ianya berkait antara satu sama lain. Apabila mental kita sihat, fizikal kita akan turut sama. Ia akan selari. Begitu juga jika sebaliknya.
Saya teringat kisah saya taekwondo dahulu, ketika tournament. Sebelum perlawanan, saya akan mencuri2 lihat siapakah bakal saingan saya nanti. Warna tali pinggang selalu menjadi kriteria untuk saya menduga keputusan. "Alamak, dia dah tali merah, saya baru biru, dia lagi lama dalam taekwonod, mesti lagi expert". Begitu mudah kita judge diri sendiri. Tiada orang pun yang cakap sebegitu, kita sendiri yang menjatuhkan diri, menyebabkan keyakinan menjadi luntur perlahan2. Dengan pemikiran seperti inilah yang membuatkan kita terbatas. Kita sendiri mengepung, mengurung dan memenjara diri sendiri untuk memberikan yang terbaik. Kita dirantai kata-kata halus yang merosakkan. Kadangkala, halangan terbesar itu adalah diri kita sendiri.
Kita adalah apa yang kita fikir. Tiba2 lagu ni bermain di fikiran >.<
"Jika kau fikirkankau boleh, kau hampir boleh melakukan.
Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tak menentu."
Perkara ini bukan sahaja untuk sukan, tetapi boleh juga diaplikasi dalam perkara-perkara lain seperti belajar.
Kita selalu ada insecurity dalam diri kita. Ada inferiority complex; rasa diri tak cukup hebat, tak layak dan sebagainya. Membanding2kan diri dengan orang lain, terlalu fikir apa yang orang lain kata. Padahal itu semua hanyalah perasaan kita sahaja. Atasi pemikiran seperti ini. Runtuhkan dinding2 penghalang ini terlebih dahulu. Fokus pada diri kita, bukan orang lain. Kerana akhirnya, kita sendiri yang akan menentukan hidup kita.
Tidak dinafikan, mengatasi minda kita sendiri bukanlah suatu yang mudah dan ianya merupakan suatu proses. Antara cara yang boleh kita lakukan ialah kerap bercakap dengan diri sendiri. Pernah dengarkan selalu kalau program motivasi mereka suruh kita supaya bercakap depan cermin setiap pagi. Katakan yang saya boleh. Saya hebat. Saya mampu. Ini untuk menanam pemikiran yang betul yang menjadi perangsang hidup sehari2. Ataupun senang kata perbetulkan niat kita. Ambil beberapa ketika untuk set pemikiran dan niat sebelum memulakan apa sahaja. Jadikan diri kita motivasi untuk kita sendiri.
Antara perkara yang kita perlu sedar juga, ialah kejayaan yang kecil akan membawa kepada kejayaan yang besar. Seperti dalam sukan, terdapat tapisan demi tapisan untuk melayakkan ke peringkat seterusnya. Jika kita tidak mampu mengatasi rintangan ataupun ujian tersebut, kita tidak akan dapat pergi ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, mulalah dengan atasi pemikiran diri kita sendiri dahulu. Analisis kelemahan dan ketakutan diri. Perbetulkan dan majulah ke hadapan.
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
So, dear you;
Whatever that you are struggling with right now, I want you to always believe in yourself. You got this! You can achieve whatever you want. You are capable of more than you know okay. Fighting! :D
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
P/s: Post ni ditulis masa bulan 8 tapi itulah baru sempat dilengkapkan hari ini :')
Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan oleh Allah nyawa untuk bernafas dan kesempatan untuk saya...
© Permata di celahan kaca, AllRightsReserved.
Designed by ScreenWritersArena