Saturday, 20 August 2022

How to read a textbook

Pagi yang tenang, seperti biasa setelah menukar pakaian kepada scrub, aku lantas ke klinik. Kelihatan rakan-rakan ramai sedang berkumpul di laluan berhampiran consultation room.


"Ada apa pagi ni?" Aku menyapa.

"Kitorang ada session dengan Prof Amin pagi ni" Salah seorang daripada kumpulan itu menjawab.

"Ouh okayy, kalau nak join sekali boleh ke?" Peluang. Kami group mentee yang lain, jarang ada teaching tapi selalulah menumpang group lain hehe.

"Boleh2"

Tidak lama selepas itu Prof datang, dan masing2 mengekori beliau sehingga ke salah satu consultation room di klinik. Semua bergegas mengambil kerusi dan menyusunnya separa bulatan di hadapan Prof.


Kelihatan buku teks agung Orthopaedics, Apley and Solomon yang masih baru terletak di atas meja bilik itu.




"Pernah tengok buku ni? dah baca belum? Buku ni baru lagi saya dapat hadiah orang bagi.." Kami hanya memandang sesama sendiri.

"Harini saya tak nak buat teaching, tapi saya nak ajar cara baca buku ni" Kami mengangguk2.


Prof menekankan pentingnya membaca buku teks untuk gain knowledge, berbanding search di internet mahupun membaca nota2 yang lain. Dan knowledge tu hanya sekadar info jika tidak diaplikasi. Knowledge= info + application. Nak aplikasi, kena ada ilmu dan ilmu tidak bermakna jika tidak diaplikasi. Buku sebagai tools/alat untuk kita gain knowledge. Wahyu pertama merupakan Iqra': bacalah. Allah tekankan pembacaan sebagai cara mendapatkan ilmu. Tidak dapat tidak, ataupun kalau dalam bahasa Arab, 'la budda', mesti melalui pembacaan. Pastikan kita semua ada buku yang tengah baca sekarang. Kena budayakan membaca. Untuk membaca buku teks, mungkin agak berat kerana ianya agak tebal;


So here is what Prof shared on how to read a textbook:

Membaca bukan sekadar membaca, gunakan konsep active learning iaitu kita aktifkan semua pancaindera kita untuk fokus. Kalau physical examination dalam ortho guna konsep "look, feel, move", nak baca buku pun sama. Tengok, baca dengan jari pada tulisan dan gerakkan ikut pembacaan.

Dan nak mula membaca, avoid any distractions. Jauhkan phone dari pandangan. Kosongkan masa untuk membaca. "Find your own time to study. Cause later there will be time where you don't have time to study".


1. Apa2 pun, mula2 sekali bila dapat buku, tak kira buku apa, balut buku dan tulis nama. Kemudian, baca preface, introduction, acknowledgement dan table of contents di bahagian depan buku, dan jangan lupa juga baca synopsis/summary/recommendation di belakang buku. Daripada situ kita akan dapat tahu overview buku tu, target group buku tu, sesuai ke tak untuk kita.


2. After that, Prof ajar untuk bukak setiap helai. Bukak sehelai demi sehelai, tekan di bahagian tengah buku bagi dia terlipat di tengah. Bukak(selak dari atas buku) jangan bagi ada helaian yang terlekat sampailah helaian terakhir.


3. Lepastu mulakan bacaan dengan membaca main topics sahaja. Dari depan saaampai belakang, baca tajuk besar sahaja. Tak perlu baca lagi ayat2 dalam perenggan tu.


4. Dah habis sampai belakang, ulang dengan baca small topics pulak.


5. Sama juga, lepas dah habis small topics, baca semua table/graft/chart sahaja pula. 


Semua ni boleh habis dalam masa sejam lebih sahaja. Cara ni penting dan berkesan sebab walaupun kita baca benda2 penting sahaja, tapi dah tersimpan dalam memori kita. So lepas ni nak cari kita tahu dah kat mana, dan kita tahu apa yang penting untuk kita tahu. Kita pun akan jadi eager untuk baca lagi sebab dah tengok dah semua part2 yang menarik.


Jadi before teruskan dengan perenggan2 ayat2 halus yang lain tu, Prof kata take a break dulu. Buat air ke, kacau kawan ke. Jangan lama sangat, dalam 10-15 minit sahaja, then baru baca specific topic yang kita nak belajar dulu(dah go through table of contents kan tadi).


Begitulah. Mungkin selama ni kita rasa mustahil nak habiskan semua satu buku teks yang tebal tu, tapi at least jangan tinggal terus. Bila guna cara ni kita boleh go through satu buku, dan paling penting, kita tahu kat mana nak cari. Macam kita cari missing piece of knowledge gitu. 



We will appreciate it if we know it. Bila kita tahu, baru kita akan seronok dan hargai.

Atau ayat keramat sepanjang medical school: The eye cannot see what the mind does not know.

Kalau kita tak tahu, kita tak akan nampak signs/symptoms tu pada patient. Kita tak boleh relate all the findings. Sebab tu penting untuk sentiasa membaca dan belajar.


Moga Allah Berkati waktu kita, sucikan hati kita supaya mudah untuk menuntut ilmu. Ameen.


0 comments:

Post a Comment

© Permata di celahan kaca, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena