Monday, 6 February 2017

Aslih nafsak wad'u ghairak

Assalamualaikum pembuka bicara
Saya ucapkan kepada semua
Terima kasih kerana meluangkan masa
Semoga mendapat rahmat dan kasih sayang dariNya

Ceh2, berpantun pula🙈
Yelah apa salahnya kadang2😌

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai kata2 yang diambil daripada As-syahid Sheikh Mustafa Mashur iaitu:

"Aslih nafsak wad'u ghairak"
Perbaiki diri kamu dan ajaklah orang lain.

Saya teringat suatu kisah semasa zaman kanak2 dahulu.

Kisah yang kononnya dahulu terdapat seorang raja yang memerintah sebuah negeri.
Baginda sering mengembara bersama panglima2nya.
Sampai pada suatu ketika baginda melalui suatu jalan yang terdapat banyak batu2 kecil dan tanah tidak rata yang menyukarkan perjalanan baginda. Perkara ini amat merisaukannya.

Lalu baginda berkata kepada panglima2nya : "Saya ingin mengarahkan supaya semua jalan di negeri ini dilapisi dengan kulit2 binatang agar memudahkan beta untuk mengembara".

Panglima2nya berbincang sesama mereka. Namun begitu, timbul beberapa masalah yang menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakannya. Lalu wakil mereka bertemu dengan raja tersebut kembali : "Wahai tuanku, sesungguhnya jikalau diganti jalan2 ini dengan kulit binatang, pastinya mengambil kos yang sangat mahal, dan banyak binatang terpaksa dikorbankan, jadi cadangan kami, apa salahnya jikalau tuanku hanya meletakkan secebis kain atau lapik di bawah kaki tuanku, tuanku akan tidak berasa sakit lagi melalui jalan2 tersebut dan akan memudahkan perjalanan tuanku"

Raja tersebut berfikir sejenak :"betul juga cadangan itu"
Lalu kononnya pada ketika itu kasut pun diperkenalkan.

Itulah kisah raja dan kasut😁
Dan yang saya ingat kisah tersebut berakhir dengan kata2 :"Don't change the world, but change yourself" (lebih kurang macam tu)

Kisah ini sangat berkait rapat dengan tajuk ini.
Perbaiki diri kamu dan ajaklah orang lain.

As Sheikh Mustafa Mashur menulis dengan begitu teliti mengenai ayat ini.
Beliau menetapkan aslih nafsaka wad'u ghairaka, bukannya aslih nafsaka summa wad'u ghairaka, iaitu perbaiki diri, kemudian ajak orang lain.
Ini bermaksud dalam perjalanan kita membaiki(islah) diri kita, ia perlulah seiring dengan mengajak orang lain.

Jangan pernah  rasa diri tak layak untuk berdakwah.
Tak perlu jadi pemimpin baru nak berdakwah.
Tak perlu tunggu sempurna baru berdakwah.

Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Saya amat tertarik dengan kata2 as-syahid Imam Hasan Al-Basri iaitu: "sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah aku terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri, seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah,maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

Subhanallah. Inilah kata2 yang sering menjadi perangsang diri ini.

Betul, kadang2 kita rasa kita pun rasa banyak dosa. Kita pun masih rasa solat kita masih belum sempurna. Kita pun tidaklah banyak ilmu mana.

Tetapi semoga dengan kita mengajak orang lain, Allah ampunkan dosa kita. Allah ganjari kita dengan pahala. Allah naungi kita dengan rahmatNya. Aminn

Jangan lupa, dua perkara ini perlu beriringan.
Perbaiki dirimu.
Dan ajaklah orang lain.

Nanti dalam post yang akan datang, saya akan cuba untuk hurai lagi bab dakwah.
Insya Allah😊




1 comments:

© Permata di celahan kaca, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena