Okay nak cerita sikit pasal forensic posting haritu. Ramai pernah dengar pasal forensic ni kan especially yang suka follow cerita2 penyiasatan macam Sherlock Holmes, Detetive Conan, CSI dan seumpamanya. Sebenarnya forensic ni besar dan ada banyak skop tugas. Dalam tu ada lawyer, police, scientist, doctor etc. So apa yang kami belajar of course dalam skop doktor. Doktor bertugas melaksanakan post-mortem/autopsy (pembedahan mayat) untuk mencari punca kematian. Dan bukti2 ini berguna untuk polis lakukan siasatan. So yes, doktor tak boleh bagi asumsi apa2 (penaakulan dalam kes jenayah umpamanya), hanya mencari bukti dalam bidangnya sahaja. Penyiasatan seterusnya akan dilaksanakan oleh polis dan pihak yang berkenaan (nak lakukan autopsy juga merupakan arahan polis tak ingat dah akta dia hshsh).
Alright. Forensic ni kami belajar masa Year 4. Ada 2 bahagian, satu teori, satu praktikal. Tak lama pun, dalam 2 minggu teori dan seminggu praktikal. So teori macam biasalah lecture dalam kelas. Untuk praktikal, kami diberi pilihan 4 hospital untuk observe bagaimana autopsy dilakukan. Antara hospitalnya termasuklah Hospital Selayang, Hospital Melaka, Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar), dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan). Masa tu Hospital Selayang dan Hospital Melaka dah penuh, cepat betul semua orang cop. Tinggal HTAA dan HSB. Di sebabkan posting yang lain2 kami pergi juga HTAA, so saya pilih HSB ambil pengalaman posting di hospital dan negeri lain. Ajak juga beberapa kawan2 yang lain untuk ke sana :D
Panjang kisah forensic ni, of course banyak pengalaman baru yang saya dapat. Cumanya posting ini personally terasa amat berat bagi saya. Yelah, tengok mayat somehow memberikan suatu rasa yang berbeza. Masa ni baru betul2 rasa benarlah kematian itu sebagai suatu pengajaran.
Malam hari saya sukar untuk tidur. Banyak perkara saya renungkan. Dada terasa sesak, air mata mengalir membayangkan apa yang dilihat di waktu siang. Saya melihat tubuh yang tidak bernyawa, melihat keluarga si mati yang menangis kesedihan, saya melihat bagaimana mayat keras dibedah dan dipotong. It was expected sebenarnya sebab dah belajar dalam teori, tapi bila in real life, rasanya berbeza. And it hurts. A lot. Saya banyak bermuhasabah, saya banyak berfikir. Ada perkara yang Tuhan Nak saya pelajari daripada pengalaman ini. Saya yakin ada sebab, kerana takdir tidak pernah mensia-siakan kita. Saya selalu juga fikir kenapalah saya kena tengok semua benda ni, kenapalah belajar medic (persoalan yang takkan pernah berhenti haha), tapi itulah, sentiasa ada pelajaran dalam setiap episod kehidupan.
Antara yang saya boleh kongsikan di sini ialah:
1. Mati itu pasti
Sebagai Muslim, kita semua yakin yang kita semua (tanpa terkecuali) akan menemui kematian dan pulang bertemu Tuhan. Seperti dalam ayat Al-Quran di bawah;
...كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati..."
(Ali-Imran: 185)
Melihat kematian di depan mata, mengukuhkan lagi keyakinan kita akan perkara ghaib, termasuklah kehidupan selepas mati dan hari akhirat.
2. Ingat mati membawa banyak kebaikan
Dipetik daripada buku Bekalan di Sepanjang Jalan Dakwah, karya As-Syahid Sheikh Mustafa Mashur;
"Betapa perlunya kita menghakis kesan-kesan kelekaan. Berfikir tentang perkara ghaib dengan mengandaikan ia telah berlaku dan kita sedang melaluinya. Seolah-olahnya ia terjadi seperti yang digambarkan Al-Quran dan Sunnah. Hasilnya, tafakkur ini akan memberikan pertimbangan yang hakiki terhadap perkara ghaib, lalu menggesa kita untuk beramal dan bersedia untuk menghadapi perkara ghaib. Ia adalah kesudahan kebahagiaan kita."
Setiap hari kita dituntut untuk mengingati pemutus kelazatan, iaitu mati. Doa hendak tidur dan bangun tidur yang diajar Rasulullah menjadi peringatan buat kita sehari2.
Teringat juga akan sebuah hadis;
Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya)."
(Berkata Abu ‘Isa : Hadith ini hassan, sebagaimana riwayat at-Tirmizi, No. Hadith : 2459)
Sumber : http://myhadith.islam.gov.my/viewhadiths.php?id=555&type=mh
Orang yang cerdik ialah orang bersiap untuk kemudian hari. Kerana di sanalah kehidupan kita yang abadi.
3. Fizikal hanya sementara
Melihat autopsy terhadap sekujur tubuh yang sudah terpisah jasad dan ruhnya, menyedarkan saya bahawa badan kita hanyalah fizikal semata. Si mati sudah tidak merasa apa2. Manusia sudah bertukar menjadi mayat. Rupa paras dan kecantikan sudah tidak lagi bermakna, jasad kita akan ditanam kemudian mereput. Yang paling penting ialah hati kita.
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.” (HR Muslim dan Tabrani)
Tubuh pinjaman ini hanyalah sebagai alat yang membantu kita untuk beribadah, tidak lebih daripada itu.
4. Berbekallah
Akhirul kalam, berbekallah. Masa kita tak banyak. Mati ni tak mengira usia, apabila tiba waktunya, kita juga akan dipanggil pulang.
وَلِكُلِّ اُمَّةٍ اَجَلٌۚ فَاِذَا جَاۤءَ اَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُوْنَ سَاعَةً وَّلَا يَسْتَقْدِمُوْنَ
Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta dan menunda percepatan sesaat pun. (Al-A'raf:34)
Bersediakah kita? :') Sama2 kita doa moga Allah matikan kita dalam pengakhiran yang baik. Ameen. Cukuplah kematian sebagai suatu peringatan.
Learning-wise, banyak saya belajar terutama dari segi Anatomy. Got to see them from real human being. Best je forensic medicine ni tapi tulah, not for me kot. Tak mampu saya tengok banyak2 kali TT Oh yes, kami ada jumpa alumni, yang juga merupakan pakar forensik di sana. Dan ada jumpa artikel beliau ditemu ramah, sangat menarik. Lebih banyak membahaskan mengenai forensic medicine. Boleh baca artikel tu di sini:
Sambil belajar, jalan2, dapat life lesson juga. Kami pusing2 kota Alor Setar, pergi menara, shopping kat pekan rabu, food hunting, makan laksa, menikmati pemandangan sawah yang terbentang luas- a very calm and peaceful city indeed. Pemandu2 kereta pun tenangg je semua bawak haha. Dan hujung minggu tu pula saya tak balik terus, sambung ziarah sahabat2 dan murabbi2 di Perlis. Sambil menyelam minum air gitu. Tamat sudah seminggu posting di HSB. Pengembaraan jauh yang amat bermakna.
0 comments:
Post a Comment