Assalamualaikum semua
Apa khabar hari ini?
Apa khabar imanmu pada hari ini? Allahu
Dah lama sebenarnya saya tidak menulis. Actually, I’ve always have something to share but I doesn’t arrange and organize it in the most proper way. Tak acilah camtu kan? Nak jadi blogger tapi tak rajin post acehh haha. Fuh2 tiup sikit habuk-habuk dalam ni🌬
So today just nak sembang-sembang santai pasal hati. Masalah hati haa apatu. Saya bukan ingin menyentuh pasal apa itu hati, jenis-jenis masalah hati, cara untuk merawat masalah hati dan sebagainya. Apa yang saya nak sentuh hanyalah pendapat saya, my very own thought; secebis pengalaman yang ingin dikongsi bersama. Apa yang saya rasa mungkin ramai terfikir perkara yang sama, cuma tidak terluah dalam bentuk kata-kata.
First of all, pernah tak kita lalui suatu fasa yang kita rasa kita tak tahu sama ada apa yang kita buat betul atau tidak. Melangkah dari satu fasa ke satu fasa, peringkat ke peringkat, bukan perkara yang mudah. Ujian demi ujian yang kita hadapi, tanpa kita sedar mendidik kita untuk menjadi lebih dewasa. Apabila kita menjadi dewasa, sometimes kita sendiri keliru dengan tindakan kita. Betul ke tak betul? Wajar atau tidak? Kita mula berlawan dengan diri sendiri. Too afraid to take a further move. Takut langkah yang bakal diambil memakan diri.
Terutamanya apabila kita beralih dari alam sekolah menengah ke alam universiti. Ramai diantara kita yang mungkin mengalami kejutan budaya. Ya, kebanyakan perkara adalah tidak sama. Sistem, pemakaian, pergaulan, pembelajaran, rakan sebaya, dan macam-macam lagi. Tanpa asas yang kukuh, kita mungkin boleh tersasar dan terpesong ke kancah kebinasaan nauzubillah.
Hati-hati dalam menjaga hati.
Ingatlah, semua perkara yang besar bermula dengan perkara kecil.
Dosa-dosa kecil yang dilazimi boleh membentuk dosa-dosa besar.
Saya juga pernah melalui fasa sebegitu. Fasa di mana kita berada di tengah-tengah. Tidak tahu apakah tindakan kita wajar atau tidak. Sebagai seorang pelajar universiti, kita biasa didedahkan dengan sistem pembelajaran terbuka; ataupun senang kata bercampur lelaki dan perempuan. Ayat paling famous yang biasa kita dengar; terbuka jangan hanyut, tertutup jangan jumud. Ambil langkah tengah, wasatiyyah(pertengahan) gitu.
Saya bukannya tidak bersetuju dengan kata-kata itu; ya benar. Tapi mungkin pemahaman sesama kita lain. Istilah ‘terbuka’ dan ‘tertutup’ yang dimaksudkan adalah bagaimana. Dan istilah ‘hanyut’ dan ‘jumud’ itu bagaimana. Jangan pernah ambil ringan tentang perkara ini.
Biasa ketika merentasi tepi-tepi jalan perasan tak ada garisan putih? Tepi garisan putih tu ada lebihan jalan sikit. Kenapa ada lebihan? Pernah tak kita fikir? Tak pun paling mudah kita tengok dekat stesen keretapi. Dengan tegas peraturannya tidak boleh melentasi garisan kuning yang ditetapkan. Kenapa?
Dalam suatu riwayat yang shahih disebutkan bahwa Umar bin Khattab r.a. bertanya kepada sahabat Ubay bin Ka’ab r.a. tentang taqwa. Ubay balik bertanya,
“Bukankah anda pernah melewati jalan yang penuh duri?”
“Ya”, jawab Umar
“Apa yang anda lakukan saat itu?”
“Saya bersiap-siap dan berjalan dengan hati-hati.”
“Itulah taqwa.” kata Ubay bin Ka’ab r.a.
Taqwa itu apa? Berhati-hati. Banyak definisi tentang taqwa. Terdapat juga definisi yang dikemukakan oleh Saidina Ali, Imam Ghazali dan ulama2 yang lain. Analogi di atas sangat jelas sekali menerangkan kepada kita pentingnya berhati2. Lebih2 lagi dalam menjaga hati. Hati kita berbolak balik sifatnya.
Kerana itu kita sering berdoa:
يَا مُقَلِّب الْقُلُوب ثَبِّتْ قَلْبـِي عَلَى دِينك
“Wahai Yang Membolakkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu”
Tidak perlu kita mengikut kebiasaan manusia. Kuatkan jati diri. Sentiasa doa pada Allah supaya menjaga hati kita. Setiap perkara yang ingin kita lakukan, fikirkan ianya keperluan atau tidak. Sebagai contoh tidak perlu kita berbalas mesej atau berbual2 dengan ajnabi tanpa sebab yang munasabah. Tidak perlu selitkan gurauan2 mesra. Tanpa kita sedar, ia menjadi bintik2 hitam pada hati dan menjadikan hati lama kelamaan menjadi gelap. Mahalkan hati, eksklusifkan diri. Perempuan itu mahal pada malunya.
Banyak kali, kita menundukkan pandangan daripada melihat mereka yg tidak sepatutnya,
Banyak kali, kita mengambil laluan berbeza supaya tidak bertembung dgn ajnabi dan seumpamanya,
Banyak kali, kita mengalihkan fikiran daripada segala bayangan yg terbawa2,
Banyak kali, kita mengawal hati dan perasaan, supaya tidak jatuh kepada yang bukan empunyanya,
Banyak kali, kita berdoa ditetapkan hati, hanya kerana-Nya sahaja
Bersabarlah. Setiap satu pasti ada ganjarannya.
Daripada sekecil2 hingga sebesar2 perkara.
Semuanya pasti diambil kira.
Malumu begitu berharga, duhai wanita pendamba syurga🌹
Sama-sama kita hati-hati dalam menjaga hati, okay? 😊❤️