Apakah itu
Erti kesempurnaan
Ibarat
Engkau memasuki sebuah taman
Mencari setangkai bunga
Yang paling cantik, sempurna
Langkah demi langkah engkau hayunkan
Jalan itu kau telusuri dengan perlahan
Berhati2 memilih dari pelbagai sudut dan pandangan
Agar tidak tersalah pilihan
Kau temui sekuntum bunga
Warnanya cantik, indah sekali
Warnanya lembut, selembut sutera
Sekali pandang pasti tergoda
Namun sayang, baunya tidak seindah rupanya
Engkau tinggalkan dan meneruskan perjalanan
Tiba2 hidungmu tercium bau harum
Ibarat bau dari kayangan
Kau sangka rupanya cantik, namun itu hanya sangkaan
Sekuntum bunga pudar warnanya, tidak seberapa cantik bentuknya, begitu juga rupanya
Bunga demi bunga engkau telek dan perhati
Mencari yang paling baik, itu yang pasti
Sesekali juga kau rasakan yang kau tinggalkan di belakang lebih baik
Sudahlah, ia sudah tidak bermakna lagi
Perjalanan tidak boleh diundur
Itu peraturan yang mesti engkau patuhi
Akhirnya engkau tiba di penghujung taman
Beribu-ribu bunga kau lalui tanpa kau sedari
Apa yang lebih mengejutkan
Engkau keluar tanpa bunga di tangan
Mengapa?
Mencari yang sempurna itu mustahil
Engkau merasa tidak berpuas hati dengan apa yang engkau temui
Engkau terlalu yakin akan sebuah kesempurnaan
Sedarlah,
Setiap satu perkara ada kelebihannya
Tiada kesempurnaan yang perlu kita kejarkan
Hargai apa yang kita miliki
Itu akan membuat kita lebih menghargai
Akan sebuah nilai
Kebaikan, kecantikan, kebahagian
Dalam setiap ketidaksempurnaan
0 comments:
Post a Comment