Bismillah. Habis kelas Introduction to Psychiatry hari ini. Kini aku di bilik seminar hospital, mengambil semangat untuk buat tugasan posting ini. Duduk sorang2 ni macam2lah terfikir kan. Layan pulak lagu2 sendu (siapa suruh hmm).
I don't know. It is hard to express our feeling, also thinking. Kadang semua tu bermain di fikiran, tapi susah untuk diluahkan. Teringat Dr kata pagi tadi, penting untuk kita luahkan so that ia tak bertakung dalam dada, ia akan buat lebih sesak.
Tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Sedar tak sedar, blog ni dah pun 7 tahun. Masa terus berlalu dan usia kita terus bertambah. Daripada pelajar sekolah menengah kini sudah menigkat dewasa. Banyak perkara baru yang ditempuh. Rakan2 dah ada yang grad, bekerja, memasuki alam perkahwinan, dan ada juga yang sudah dikurniakan cahaya mata, Alhamdulillah. Semua fasa masing2, sesuai dengan kemampuan masing2.
Pada usia sebegini, perasaan untuk berpunya itu sentiasa hadir, namun kita tahu kita masih belum bersedia. Kita semua ada perasaan, fitrah yang Allah Anugerahkan. Memendam perasaan, kadang itu lebih sakit. Kadang kita rasa kalau kita tak luahkan macam mana dia nak tahu? Tapi percayalah, kalau belum masanya, kalau masih belum bersedia jangan start dulu. What meant for you will be for you. Yakinlah bahawa Allah dah Tetapkan yang terbaik untuk kita. Dan Dia akan menggerakkan kedua-dua hati, bukan satu sahaja. Dan waktu inilah waktu yang kritikal untuk kita terus mujahadah. Syaitan boleh mengalahkan kita dengan mudah andai kita ambil ringan. Masuk melalui ruang2 halus untuk merosakkan kita tanpa kita sedari. Ya, kita tak kuat, sebab tu kita perlukan bantuanNya sentiasa. Doa pada Yang Mengetahui segala.
Kita ada contoh ikutan yang kita boleh selalu rujuk. Sebagai wanita, kita boleh perhatikan bagaimana sirah sahabiyah terdahulu, iaitu wanita2 yang dekat dengan Baginda SAW. Kita boleh pilih untuk mencontohi Saidatina Fatimah; mencintai dalam diam, menunggu sehingga bertemu dengan yang terbaik dan disambut dengan ucapan "ahlan wasahlan" oleh ayahandanya SAW. Ataupun kita boleh pilih untuk mengikuti jejak Saidatina Khadijah, seorang wanita bangsawan dan disegani; yang memulakan langkah dengan menyatakan hasrat untuk menikahi Baginda melalui orang tengah iaitu pekerjanya, Maisarah.
Kedua-duanya contoh terbaik. Yang penting- jangan mula kalau belum bersedia. Tahan diri dan perasaan, mujahadahlah. Kalau melaluinya tanpa perancangan, kita akan binasa. Jangan rosakkan rumahtangga akan datang dengan jalan2 yang Allah Murkai. Nafsu itu selalunya memang kelihatan menyeronokkan :')
حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ
Maksudnya: Syurga itu dipenuhi dengan perkara-perkara yang dibenci, manakala neraka pula dipenuhi dengan perkara-perkara yang selari dengan dorongan syahwat.
Sunan al-Tirmizi (2560)
Kalau jodoh masih belum tiba, tidak mengapa. Ia menjadi ruang untuk kita banyak mengkoreksi diri, perbanyakkan ilmu dan amal. Inilah ruang untuk kita berbakti kepada keluarga, mengembara, perbanyakkan pembacaan dan penulisan; yang mana agak sukar kita lakukan setelah berkeluarga dan mempunyai komitmen yang lebih besar seperti bekerja. Ingatlah bahawa keluarga sakinah itu memerlukan 2 individu, bukan seorang sahaja yang berusaha menjadi baik. Dan ianya bermula dari sekarang.
Soal jodoh itu,
Tiada istilah lambat atau cepat, yang penting ianya yang tepat.
Sentiasa ingat bahawa,
Bukti cinta terbaik adalah dengan menjaga.
Jaga hati dan diri kamu, sehingga bertemu yang terbaik.
#singlelillah gitu ;-)