Wednesday, 9 February 2022

Ghuraba'

Just realized this is my very first post for this year.

I want to share something that I found from my friend's whatsapp status that caught my attention. It was a screenshot from twitter which I believe she got it from others. The tweet is as below:



Nak normalised apa benda? Ni bukan culture nak normalised2.

Hshshs okay gurau2. Kalau tgk ayat ni, ringkas sahaja tapi mendalam maksudnya. Jika kita sensitif terhadap masyarakat sekeliling kita- kita boleh relate dengan ayat ni. Betapa kurangnya pemahaman terhadap Islam yang sebenar. Ataupun istilah yang tepat ialah Islam di kad pengenalan semata. 

Perkara-perkara haram yang Allah Murka menjadi kebiasaan. Hari demi hari, ia tidak lagi menjadi masalah. Maksiat berlaku secara terang-terangan. Oleh kerana perkara ini dibiasakan, ramai menganggapnya betul. 


Di zaman penuh cabaran ini, kita dapat lihat perkara yang salah dianggap betul, dan yang betul dianggap salah dan asing. 

Menutup aurat dengan sempurna dianggap asing.

Memberi salam dianggap asing.

Tidak merokok dianggap asing.

Tidak couple dianggap asing.


Mencarut dianggap biasa.

Bergaul bebas lelaki dan perempuan dianggap biasa.

Meninggalkan solat dianggap biasa.

Porn dianggap biasa.


Lupakah kita akan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini?

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali-Imran:104)


Islam juga bermula dalam keadaan asing. Islam bertentangan dengan kebiasaan masyarakat Arab ketika itu. Bertahun-tahun mereka dengan pegangan dan amalan jahiliyah, penerimaannya menjadi sukar. Islam datang membawa kebaikan namun dibalas dengan pelbagai ancaman dan cacian.


Hadis di bawah menceritakan mengenai perkara ini:

بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

“Islam datang dalam keadaan yang dagang(asing), akan kembali pula dalam keadaan dagang(asing). Sungguh beruntungnlah orang-orang yang dagang(asing)” (HR. Muslim no. 145).


Islam akan kembali asing di akhir zaman. Bukan kerana berkurangnya orang Islam, tetapi penghayatannya berkurang. Semakin sedikit umat Islam yang betul-betul mengambilnya sebagai cara hidup. Hujung ayat ini menekankan beruntunglah orang-orang yang asing. Beruntunglah orang-orang yang menjalankan amar makruf nahi mungkar di zaman penuh pancaroba ini; di kala masyarakat berebut-rebut mengejar dunia dan mengabaikan akhirat.


Saya terjumpa nasyid Ghuraba' ini yang mana liriknya boleh sama-sama kita hayati;


Sentiasa betulkan yang biasa. Biasakan yang betul. Jangan kerana manusia, kita langgar hukum Allah. Bukankah Redha Allah itu paling utama? 

"Siapa yang mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan manusia, Allah akan mencukupkannya dari tanggungan manusia. Siapa yang mencari keridhaan manusia dengan kemurkaan Allah, maka Dia akan menyerahkan urusannya kepada manusia." (HR Tirmidzi).


Macam mana nak atasi dagangnya Islam kali kedua? Kembali seperti orang terdahulu kembali. Islam dahulu bermula dengan keadaan asing juga. Kembali kepada rujukan teragung. Kembali kepada Tarbiyyah Rasulullah SAW.

Persiapkan diri dengan ilmu. Lihatlah dunia dengan kaca mata akhirat, bukan nafsu. Teruslah bermujahadah meskipun berat.

Carilah kebaikan carilah di tempat yang penuh kebaikan. Lazimi berkunjung ke masjid, berkawan dengan orang-orang soleh. Semoga kita dapat juga tempiasnya. Bacalah buku-buku agama. Yang terbaik adalah  melalui sumbernya.


Pegang dalam hati- Pilih bukan kerana ramai, tapi kerana betul.


Biarlah kita lain daripada yang lain (ada tamayyuz). Biarlah kita asing di mata manusia.

Semoga kita tidak asing di penduduk langit.


Ingatlah hadis ghuraba' ini sentiasa.

Fathuba lilghuraba'. Beruntunglah ghuraba'. Beruntunglah orang2 yang asing.

Semoga kita termasuk dalam kalangan itu.

Read More

© Permata di celahan kaca, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena