Sunday, 21 February 2021

Hati

 


Dalam hati manusia terdapat kekuatan,
tidak terurai kecuali menerima kehendak Allah.
Dalam hati terdapat keganasan,
tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah.
Dalam hati terdapat kesedihan,
tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah.
Dalam hati terdapat kesedihan,
tidak hilang kecuali seronok mengenali Allah 
dan baik muamalah denganNya.
Dalam hati terdapat kegelisahan,
tidak tenang damai kecuali bertemu jumpa denganNya
dan lari menujuNya.

Dalam hati terdapat api penyesalan,
tidak padam kecuali redha dengan suruhanNya,
laranganNya dan qada'Nya,
dan kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
Dalam hati terdapat hajat,
tidak terbendung kecuali dengan kecintaan kepadaNya.
Andai dunia dan seisinya diberi,
tidak akan dapat membendung hajat si insan itu.

-Ibn Qayyim

Read More

Sunday, 14 February 2021

Al- Quran



Sesungguhnya Al-Quran seharunya dibaca. Hendaklah ditadabbur bahawa Al-Quran itu merupakan nasihat yang hidup, seolah-olah turun hari ini, menyelesaikan masalah-masalah hari ini, menyinari jalan untuk menuju masa depan, bukan sebagai kalam indah untuk dibaca atau ia adalah hakikat yang dicatat pada masa lampau dan tidak pernah akan kembali.

-Syed Qutb

Read More

Ikhlas




Kata Fudhail bin Iyadh:

Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya'. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas adalah yang selamat dari keduanya.

Read More

Kerja dakwah




Kerja dakwah bukan soal minat atau tidak, bukan soal kerjaya, bukan soal ada potensi dan bakat. Tapi kerja dakwah adalah lambang keimanan kita lemah atau kuat. Jadi di situ kayu ukurnya. Sejauh mana perasaan nak berdakwah itu bergelora pada jiwa sang dai'e, sejauh mana rasa peritnya melihat keadaan umat. Dai'e yang terpadam rasa nak berjuang ialah dai'e terpadam padanya api keimanan. TIada dakwah bererti iman lemah.

-Syed Qutb

Read More

© Permata di celahan kaca, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena