Hujan renyai menjadi resam apabila tiba hujung tahun, ibarat halwa telinga di pagi hari, terasa amat tenang dan damai. Aku duduk di meja belajar bersebelahan tingkap kamar, mengambil buku 'Secrets of divine love' pemberian sang sahabat untuk dibaca. Setelah beberapa ketika, aku berhenti membaca untuk melakukan kerja-kerja lain. Tiba2 terlintas dalam fikiran mengenai sesuatu. Yang sudah kufikirkan lama, namun idea intipatinya mulai berkembang saat ini. Aku membuka blog segera menulis.
Aku masih ingat lagi zaman sekolah dahulu, murabbi selalu berkata:
"Antara kunci tarbiyyah ialah penyerahan hati secara total"
Kata-kata yang sering didengar, namun baru dihadam. Setelah keluar sekolah baru sedikit demi sedikit aku mulai mengerti pesan2, ataupun mutiara2 daripada murabbi.
Menyerahkan hati untuk ditarbiyyah. Perkara yang mungkin kita tidak sedar hakikatnya kerana kita selalu nampak secara fizikal sahaja. Membuatkan kita kadang terlupa pada aspek rohani(dalaman); yang juga merupakan sebahagian daripada diri kita. Dua aspek ini tidak boleh kita pisahkan. Kerana itu pentingnya untuk kita menghadirkan hati dalam semua perkara, bukan sekadar fizikalnya sahaja. Ketika solat, menuntut ilmu, begitu juga ketika mengikuti program atau mana2 jalan tarbiyyah. Yang ingin saya highlightkan di sini ialah berkenaan penyerahan hati terhadap jalan2 tarbiyyah ataupun dipanggil sebagai wasail tarbiyyah. (Wasail tarbiyyah ini termasuklah program2 yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Yang mendidik hati kita menjadi lebih baik).
Analogi yang ingin saya bawakan ialah ibarat gelas yang diterbalikkan. Apabila dituangkan air ke atasnya, mana mungkin air akan masuk ke dalam gelas. Namun apabila kita membuka gelas itu dan memasukkan air, dengan mudah ia dapat memenuhi ruang di dalam. Begitu juga hati kita. Sentiasa buka hati untuk menerima nasihat dan ilmu. Dengan itu kita dapat memaksimakan input yang kita dapat. Kita dapat serap dalam jiwa.
Andai kita tidak relakan diri untuk ditarbiyyah(dididik), bagaimana kita bisa dibentuk?
Di sekolah, banyak wasilah tarbiyyah yang tersedia. Banyak cara dan metod digunakan. Melalui pelbagai sudut. Halaqah makcik, halaqah quran, iftar jamaie, qiyam, daurah semuanya tidak lain dan tidak bukan untuk mendidik hati-hati menuju Allah. Jadual yang sangat tersusun dan teratur. Sentiasa diisi dengan peluang2 untuk peroleh kebaikan.
Jalannya, suasana sudah ada, tetapi mengapa masih tidak terkesan? Antara yang perlu dilihat ialah diri sendiri. Hati kita, yang merupakan raja kepada semua anggota. Adakah ia sedia menerima dan mengikut dengan sebenar2nya? Adakah kerana terpaksa atau suka rela? Adakah kerana orang lain ataupun diri sendiri? Semuanya kita yang tentukan. Jalannya sudah terbentang luas. Bergantung pada diri kita sama ada mahu ikut atau tidak. Bergantung kepada diri kita untuk memanfaatkan peluang ataupun tidak. Bergantung kepada diri kita ingin menyerahkan hati secara total untuk ditarbiyyah ataupun tidak.
Kini, meskipun sudah tidak lagi berada dalam suasana sekolah, tidak ada peraturan yang mengawal ketat, tiada pemantauan, diri sendiri sangat2 memainkan peranan. Kalau kita benar2 berhajat, banyak jalan kebaikan yang kita boleh rebut. Banyak program dan majlis ilmu yang boleh kita manfaatkan.
Program2 yang disediakan pihak universiti, persatuan, kelab, batch dan sebagainya kadangkala tidak memerlukan apa2 bentuk wang dan tenaga misalnya, hanya komitmen kehadiran untuk mengikutinya. Namun mengapa masih susah untuk kita beri komitmen?
Semuanya atas kita, untuk menyerahkan hati untuk ditarbiyyah ataupun terus lalai dibawa arus perdana.
Kita seharusnya bersyukur masih dipilih Allah untuk berada dalam suasana yang baik. Dikelilingi insan2 yang sama2 ingin perbaiki diri dan mencari ilmu. Jangan kita membuka ruang sedikitpun kepada kemungkaran. Isikan masa-masa berharga kita dengan kebaikan kerana:
"Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan dengan keburukan yang terancang".
Tiada alasan untuk kita tidak terisi. Tiada alasan untuk tidak membina. Tiada alasan untuk tidak perbaiki.
Semoga kita sentiasa menyerahkan hati untuk kebaikan, bukan sebaliknya.
Semoga hati kita sentiasa terarah, menuju keredhaanNya.
Semoga ditetapkan hati ini, agar ia tidak berpaling.
Sesungguhnya hati inilah yang akan dibawa pulang menujuMu kelak.
0 comments:
Post a Comment