"Ingat jalan tak?" Ayahku bertanya.
"Tak :(" Aku menjawab hampa.
"Takpe nanti masa pergi cuba tengok jalan tu betul-betul, dan cuba ingat"
"Okay"
Perbualan saya dan ayah, seusai masuk ke dalam kereta. Kami dalam perjalanan untuk mengambil kereta di bengkel. Dan seperti biasa, saya susah sikit untuk ingat jalan :) Nanti kena balik sorang-sorang sebab ayah akan terus ke tempat kerjanya. Dan lebih menyanyat hati, telefon pula tiada bateri ketika itu.
Aku cuba memerhati kawasan sepanjang perjalanan. Set dalam kepala: lepasni balik kena lalu sini. Namun begitu, aku terfikirkan sesuatu. Bagaimana jika jalan pulangnya tidak sama dengan jalan masa pergi? Tak semestinya semua jalan berkembar; ada jalan yang berlawanan di sebelahnya. Ada juga jalan yang tunggal. Aduhh
Fikiranku mula melayang. Terkait pula dengan apa yang aku belajar di dalam kelas. Dalam subjek Anatomy, kami belajar mengenai struktur badan manusia. Antaranya termasuk juga mengenai 2 jenis salur darah manusia yang utama iaitu artery dan vein. Artery bertanggungjawab membawa darah dari jantung ke paru-paru dan seluruh badan manakala vein membawa darah dari paru-paru dan seluruh badan kembali pada jantung. Ianya membawa tugas yang amat penting dengan kata lain vital bagi tubuh manusia, Subhanallah. Jika dikaitkan dengan jalan raya tadi, artery dan vein meskipun kebanyakan laluannya bersebelahan, namun ada juga yang tidak dan ianya pasti ada sebab di sebaliknya.
Hmm. Aku berfikir sejenak. Terfikir mengenai sesuatu. Meskipun kebiasaannya 2 benda harus beriringan (seperti contoh jalan dan salur darah sebentar tadi), namun ada juga masa dan ketikanya ia tidak sekali, tidak beriringan, laluan yang berbeza, namun akhirnya tiba di destinasi yang sama, tujuan yang sama.
Macam hidup kita kan? :) Kita punya ujian yang berbeza, jalan yang kita pilih berbeza, cara dan proses yang kita lalui berbeza, tapi akhirnya, kita punya tujuan yang sama.
Saya dan kamu; mungkin ditakdirkan bersama namun tidak sepanjang masa. Ada ketika, ada masa, ada keadaan, kita perlu mengambil jalan berbeza. Namun ia tidak bermaksud hati kita sudah tidak bertaut. Ia sedang, dan masih hati yang sama, cumanya tempat dan keadaan yang berbeza.
Saya teringat akan sahabat-sahabat saya. Semua sahabat-sahabat saya. Dari kecil hingga kini. Nama dan figura mereka sering menjengah di ingatan. Ada yang sempat saya bertanya khabar, ada yang sempat saya jumpa, namun ada juga yang saya hanya mampu melihat dari jauh. Melihat update mereka di media sosial. Mendengar khabar daripada yang lain. Semua sudah besar, membawa haluan masing-masing.
Tidak nampak tidak semestinya tiada.
Mungkin dari kejauhan, kita banyak bermuhasabah
Mungkin dari kejauhan, kita mengumpul kekuatan
Mungkin dari kejauhan, kita lebih menghargai persahabatan
Mungkin dari kejauhan, kita belajar erti rindu
Mungkin dari kejauhan, kita saling mendoakan
Bukankah doa buat sahabat tanpa diketahuinya adalah yang terbaik?
Duhai sahabat, aku merinduimu.
Read More

Sungguh, diri ini sering mengharapkan pada pertemuan yang indah. Perbualan mesra. Gurauan senda. Gelak tawa. Aktiviti dan program bersama. Namun Allah lebih mengetahui segalanya. Apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
"Friends are like stars, eventhough you cannot see them, but they're always there"
"Friends are like stars, eventhough you cannot see them, but they're always there"
Tidak nampak tidak semestinya tiada.
Mungkin dari kejauhan, kita banyak bermuhasabah
Mungkin dari kejauhan, kita mengumpul kekuatan
Mungkin dari kejauhan, kita lebih menghargai persahabatan
Mungkin dari kejauhan, kita belajar erti rindu
Mungkin dari kejauhan, kita saling mendoakan
Bukankah doa buat sahabat tanpa diketahuinya adalah yang terbaik?
Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”.
[Riwayat Muslim (4914)]
mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam
bertafakkur bersama iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia
lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dekapan ukhuwah
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci; sebening prasangka, selembut nurani,
sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekokoh janji
(Dalam dekapan ukhuwah, Salim A. Fillah)
Duhai sahabat, aku merinduimu.