Saturday, 30 May 2020

Tae-kwon-do !

Assalamualaikum semua
Hari ni nak share sikit tentang kelas yang pernah saya sertai dahulu.
Biasanya join kelas2 extra masa sekolah rendah sebab sekolah menengah jenis berasrama penuh, 
sekolah pun dah ada sediakan program2 tersendiri.

Kelas ni saya pun tak pernah jangka juga akan join. Ia bermula apabila kami menaiki kereta dan terlihat satu banner iklan di sekitar perumahan kami. Taekwondo ni macam yang kita tahu ialah mengenai seni mempertahankan diri. Mula2 join kelas taekwondo fikir macam2 jugak, expecting yang latihan dia jenis lasak2, ganas, intense, macam2 lah hmm. Tapi bila dah join lama2 tu okay je. Kelas mula dengan jogging beberapa round dulu, lepastu stretching lepas tu baru mula belajar. Dan kalau datang kelas lambat kena pumping haha. Sir memang tegas sikit, banyak ajar kami pasal disiplin. Baju uniform pun kena kemas, tali pinggang ikat betul2, kalau tak betul sir akan tolong ikatkan :')  Kadang2 sir ada juga buat sesi kelas sepenuhnya untuk kuatkan stamina sahaja. Tengok keadaan juga. Kalau bulan puasa kelas habis awal sikit daripada biasa. Walaupun agak memenatkan kadang2, tapi tu yang menjadikan kita sihat dan kuat kan. Practice make perfect!

Join masa darjah 4 dengan adik(Balqis) masa tu dia darjah 1. Dengan kawan satu sekolah sekali-Mardhiyyah dan Hidayah. Tetapi lepas tu diorang berhenti sebab berpindah ke Terengganu.

Okay, so basically taekwondo ni pasal apa? Taekwondo ni sebenarnya salah satu seni mempertahankan diri dari negara Korea. Jadi sebab tu kebanyakan perkataan yang digunakan adalah daripada bahasa tersebut. Taekwondo ni pun kalau pernah dengar, ada banyak jenis. WTF, ITF, MTF, dan lain2. WTF tu singkatan untuk World Taekwondo Federation. ITF-International, MTF-Malaysia. Yang kami join ni WTF. Tak pasti sangat apa beza dia, tapi dia punya syllabus dan cara agak berbeza. So kalau jumpa kawan yang pernah masuk taekwondo tanya dia dulu taekwondo jenis apa. Kalau tak nanti pelik asal term lain. Dalam taekwondo ni kita akan belajar basic tendangan dan tumbukan. Untuk setiap tahap juga ada taegeuk ataupun pattern yang kena ingat. Taegeuk tu macam gabungan tendangan dan tumbukan dalam bentuk yang lebih teratur. Dia akan test benda2 ni untuk naik ke tahap seterusnya.

Kelas yang kitorang join ni buat di dewan berdekatan rumah. Tak jauh mana, tapi still pergi sana kena naik kenderaan. Biasa kami dihantar menaiki motor atau kereta. Kelas 2 jam- mula 11:30 pagi sampai 1:30 tengah hari. Dewan tu berhadapan dengan masjid, jadi kalau lepas habis kelas tu mesti banyak kenderaan keluar masjid.

Trainer kitorang malay, Sir Azlan namanya. Sebenarnya majoriti blackbelters ialah chinese. Senior blackbelters tak ramai yang malay. Antara sebab sir kitorang bukak kelas taekwondo sebab nak ramaikan lagi malay blackbelters. Dia punya pemeriksa setiap kali ujian kelayakan tali pinggang (grading) pun chinese- Sir Michael. Legend sir ni, antara orang atas dalam taekwondo kat Malaysia dan sampai sekarang jadi pemeriksa.

Tali pinggang dalam taekwondo ada 6. Mula dengan putih, lepas tu kuning, hijau, biru, merah dan hitam. Kuning, hijau, biru, dan merah ada 2 level (2 kali grading untuk naik tali). Tali pinggang hitam tahap dia dipanggil "dan" (tak pasti ada sampai berapa) - 1st dan, 2nd dan, dan seterusnya. Masa join tu sir kitorang 4th dan. Tali pinggang hitam ada 2 jenis, satu merah hitam, satu lagi hitam penuh. Yang merah hitam untuk bawah umur Tingkatan 3. Beza sebab umur sahaja. Cumanya untuk grading tali pinggang hitam penuh (tingkatan 3 ke atas) kena pecahkan papan, tali merah hitam tak perlu. So kalau tak nak pecah papan ambil awal hehe. Nanti masa dah naik tingkatan 3 boleh tukar tali pinggang hitam, tak perlu test baru.

Yang bestnya masa kelas biasanya yang paling senior (berdasarkan warna belt) akan duduk di barisan paling hadapan, jadi contoh kepada junior. Masa buat taegeuk kalau tak ingat boleh tiru yang kat depan haha. Kalau senior yang tak ingat memang nak kenalah. Lepastu lepas habis kelas sir dan blackbelters akan berbaris dihadapan menghadap semua orang dan semua akan tunduk hormat. Tu antara cita2 jugakla dapat berbaris sama level dengan sir. Sebagai satu penghormatan untuk pembimbing (as blackbelters pun banyak membantu sir dalam latihan). Alkisahnya, saya habis darjah 6 ketika itu di tahap merah 2. Lagi satu grading untuk dapat blackbelt. Allah Izin, tak sempat habiskan sebelum masuk sekolah menengah. Setelah tahun demi tahun saya di alam persekolahan (semasa di tingkatan 4 ada juga join yang sekolah buat, tetapi tak dapat beri komitmen sepenuhnya kerana kelas dsb), dan kemudian ke Darul Quran mengikuti program Pensijilan selama setahun setengah, Alhamdulillah setelah itu saya mendapat tempat menyambung pelajaran di negeri kelahiran.

Walaupun ada rasa macam dah malas nak sambung, tapi bila fikir balik rasa rugi tak habiskan. Jadi saya tekad untuk habiskan sekurang2nya 1st dan untuk blackbelt ketika asasi, di pusat taekwondo dengan sir yang sama. Balik setiap hujung minggu dan struggle juga ingat balik yang dah tinggal lama. Lama sangat tinggal latihan, badan agak terkejut. Tapi slow2 practice and pratice, lama2 tu okay walaupun rasa tak seaktif dahulu.

Alhamdulillah, dengan sokongan daripada sir dan keluarga, berjaya naik tali pinggang hitam. Sir tak pernah penat ajar dan sokong untuk saya teruskan hingga ke akhirnya. Ouh ya, masa grading tu pun ada ceritanya tersendiri. Nak tahu apa dia? Ada isu sikit masa tu, pasal stoking. Masa nak start test untuk grading tu pemeriksa memberitahu bahawa tak dibenarkan untuk memakai stoking semasa ujian. Arahannya memang sebegitu(masa kecik2 dulu selamatlah>.<). Alasannya kerana membahayakan, boleh tergelincir dsb. Namun sebagai Muslim kita berpegang dengan ajaran Islam, iaitu menutup aurat. Cuak juga masatu. Alhamdulillah sir faham dan cuba back up. (sir berbicara hampir berbisik: takpe, buat tak tahu je). Saya buat tak tahu seperti tiada apa yang berlaku dan bersedia untuk teruskan seperti yang lain. Pemeriksa kemudian memberitahu : "baiklah, kalau nak pakai stoking juga boleh, tapi kalau jatuh/cedera, saya tak tanggung". Fuhh Alhamdulillah, saya tersenyum lega.

Lepas grading last tu, ada juga beberapa kali pergi kelas taekwondo. Masa asasi, ada kawan taekwondo blackbelt yang belajar dengan sir juga sebelum ni di tempat lain. And surprisingly masa degree jumpa blackbelter yang sama course- Asma' Anuar. Seronok jumpa kawan yang rasa dan lalui benda yang sama :)

Banyak pengalaman dan ilmu baru yang saya dapat daripada menyertai taekwondo. Disiplin, konsistensi, kesabaran, ketabahan, dan banyak lagi. Circle of friends juga semakin besar. We always support each other; dalam latihan, grading dan juga pertandingan (tournament). Kami dah macam satu family, lebih2 lagi kalau blackbelters, akan lebih rapat dengan sir, bantu ketika grading, tournament dan seumpamanya. Kami juga banyak dapat nasihat daripada sir; jaga pemakanan, jaga kesihatan meskipun kalau dah tak join kelas taekwondo. Banyakkan latihan. Badan kita kalau dah biasa, dia akan jadi lebih mudah dan ringan.

After all, moga semua pengalaman dan pelajaran yang kami raih daripada taekwondo, mematangkan kami. Menjadikan kami insan yang lebih baik. Bukan sahaja dari segi jasmani, tetapi juga aspek2 yang lain.

Ni mouth guard, pakai untuk tournament. Untuk mengelakkan gigi terpatah kalau kena sepak kat kepala 
o.o


Gambar kenangan dulu2 tournament kat Uia >.<


Blackbelters candidates + already blackbelters


Last grading untuk blackbelt. Tulang belakang semua ni. 
Really appreciate their hardwork towards the end. 






Read More

© Permata di celahan kaca, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena