Thursday, 19 March 2020

Sakit untuk Sembuh

"Inflammation is a part of body's immune response. The immune system recognizes damaged cells, irritants, and pathogens, and it begins the healing process. For example, when there is infection, our vessels react to it by dilation to increase blood flow and recruitment of immune cells to the site of injury, that will then results in pain and fever"

"A thing that we can ponder, is about the pain and healing process. Our body get hurt because of the process. We feel pain as a normal response of our body to tell there's something wrong, or something need to be fixed"

"In our life, we often get hurt, broken, distress, and such that make us sometimes forget that it is one of our life healing process. Of course it is painful and takes some time, but that shows sign of a living soul, and taking it steps to heal. We did not realize that it aims to correct and improve ourselves. We're being tested because Allah Loves us. He Wants us to purify our heart, and return to Him.."

Aku tersentak. Sesi PBL(Problem Based Learning) yang membuka mata. Berbicara mengenai suatu konsep dalam perubatan membawaku kepada suatu konsep dalam kehidupan.


"Sakit untuk Sembuh"

Hidup ini satu perjalanan. Perjalanan singkat yang membawa kita kepada pengakhiran yang abadi. Segala yang kita lalui di atas dunia ini merupakan satu proses. Yang membentuk kita menjadi manusia, baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, sehingga kita terduduk dan menangis, peritnya terasa tetapi ketahuilah, dan renungilah dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia Mahu Menjahit sejadah Iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, dan semoga kita tabah dan ditetapkan Iman. 
(okay, ayat cliche zaman2 sekolah dulu >.<)

Serious2, betullah tu, nak kata hidup ini tidak selamanya indah. Ada kalanya kita diuji, terasa berat ujian sehingga kita merasa sesak sekali. Seringkali kita cuba mencari hikmah yang kadangkala kita sendiri tak faham mengapa ia terjadi, apa yang Allah Nak Bagi sebenarnya.

Antara suatu benda yang kita tak perasan, ujian itu sebenarnya merawat hati kita dari dalam. Sakit yang kita rasakan menjadi penawar untuk sembuh. Suka untuk saya petik kata-kata daripada Maulana Jalaluddin Ar-Rumi :

"If you desire healing, let yourself fall ill"

dan juga;

"You have to keep broken your heart until it opens"

Apabila kita tidak sakit, tiada masalah, tidak diuji, tidak merasa susah, kita sebenarnya tiada perubahan. Hidup kita masih di takuk lama. Kita tidak memperbaiki tahap Iman kita.
Kalau tak sakit, takde masalah, tak rasa diuji, sentiasa senang, itu masalah sebenarnya.

Sebab tu kadang2 lepas kita mengharungi satu ujian yang berat, Allah Akan Campak rasa ketenagan dalam diri. Contoh mudah, seorang ibu melahirkan anak dalam kandungannya dengan jerih payah sekali. Namun hasilnya selepas itu, MasyaAllah bahagia sekali. Allah Hadiahkan suatu nikmat yang tidak ternilai.

Sebabtu kalau kita nampak insan yang begitu tenang sekali air mukanya, bukan kerana dia tiada masalah, tetapi tenang kerana banyaknya ujian2 yang dia telah hadapi. Contoh ikutan teragung, Nabi Muhammad SAW merupakan insan yang paling banyak diuji, tetapi bagindalah insan yang paling tenang. Ada yang menyifatkan wajah baginda bak bulan purnama, terang dan tenang.

"Setelah air mata pasti ada tawa, setelah sedih pasti ada gembira, setelah bala' pasti ada kurnia, setelah cubaan pasti ada anugerah. Semua telah menjadi sunnah yang tetap dan kaedah yang terus berlaku." 
(566 kata-kata hikmah jadilah orang yang paling bahagia, Dr Aidh Al-Qarni)

Oleh itu, apabila kita diberi ujian, pertamanya kita kena sedar, ia datang dari Allah, mesti ada sebab. Allah ada jalan penyelesaiannya sebelum kita dapat ujian tu lagi. Sentiasalah hubungkan diri denganNya.

Dan kita kena yakin, ujian akan meningkatkan diri kita. Ujian sebagai satu proses untuk memperbaiki hati kita. Selepas sakit, baru kita sembuh kan?

Ujian sebagai tanda hati kita hidup. Hati yang sensitif dengan keadaan Iman, akan sedaya upaya mengambil langkah sepatutnya.

Sakit = healing process. Sakit untuk sembuh.

Walau apapun ujian yang dihadapi, moga ia sakit yang bermakna.
Sakit yang membawa dekat pada Pencipta.



So, verily, with every difficulty, there is relief:

Verily, with every difficulty there is relief.

(Asy-Syarh : 5-6)





Read More

© Permata di celahan kaca, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena