“Okay sebelum habis mesyuarat ni ada nak tanya apa-apa?” Ust Abu, selaku PK HEM ketika itu membuka ruang terakhir sebelum mesyuarat pengawas itu berakhir.
Suasana hening seketika.
“Ustaz” satu suara berbunyi. Kami semua tertumpu kepada pemilik suara itu.
“Macam mana ya, nak terapkan biah solehah(suasana yang baik) ketika bersukan?” Satu soalan daripada biro sukan yang cukup ringkas, jelas, mendalam sekali maknanya. Aku terpaku seketika. Hebat sekali. Mana mungkin datang dari insan yang biasa-biasa. Cukup menunjukkan seseorang itu jelas sekali matlamat hidupnya.
“Benar. Soalan yang bagus sekali. Ustaz suka soalan ini. Ust selalu pesan pada semua; setiap perkara ialah tarbiyyah, meskipun seekor lalat. Setiap satu inci sudut dalam hidup ini, adalah tarbiyyah buat kita, tidak lain dan tidak bukan untuk mendidik jiwa kita. Setiap apa yang kita lakukan, perlu jelas matlamatnya; untuk membawa kita semua kembali pada Allah, begitu juga dalam sukan. Bukan ketika waktu2 tertentu sahaja. Sepanjang masa. Menghadirkan Allah dalam setiap perkara. As-Syuur Ma’iyatullah. Rasa kebersamaan Allah. Sebagai pengawas sekolah, antum semua menjadi agen penting dalam tarbiyyah. Sebagai wakil pelajar, yang menjadi contoh buat yang lain. Apa yang antum lakukan, akan menjadi ikutan bagi pelajar-pelajar lain....” (dialog sebenar secara tepat mungkin sedikit berbeza)
Ustaz terus menyambung kata-katanya.
Masing-masing diam dan memberi perhatian sepenuhnya. Muhasabah.
Aku terkenang zaman sekolah. Suasana itu, yang cukup kurindukan. Di saat kita melakukan kesalahan, sentiasa ada yang membetulkan. Dibisik nasihat demi nasihat saban hari. Bukan hanya ketika slot tazkirah, tetapi juga ketika waktu kelas, riadhah(bersukan), makan, juga tatkala waktu2 senggang. Waktu2 kami sentiasa terisi. Kami ditarbiyyah dengan bermacam kaedah.
“Syuur Maiyatullah”
Merasakan kebersamaan Allah
Satu perasaan, ataupun keadaan, yang cukup-cukup susah untuk dirasai, dihayati oleh kita. Sibuk atau lapang, sakit atau sihat, susah atau senang, Allah sentiasa di hati kita. Allah Yang Utama dalam setiap perbuatan kita. Allah menjadi motivasi tertinggi kita.
Memetik satu ayat dari Al-Quran, surah Asy-Syuara' ayat 62, contoh kisah Nabi Musa ketika Baginda dan pengikutnya berlari menyelamatkan diri daripada Firaun dan tenteranya, sehingga tiba di hadapan laut. Ketika itu, keadaan ibrat telur di hujung tanduk. Tiada lagi tempat untuk lari. Mereka dikepung, dan mengikut logik manusia, mereka tidak akan selamat. Namun keyakinan yang ditunjukkan oleh Nabi Musa di dalam ayat ini, menjadi highlight dalam ayat ini. Sedikit pun iman Baginda tidak tergugat. Rasa Allah sentiasa bersama walau apa ja keadaan sekalipun. Penerangan ringkas ayat ini dijelaskan oleh As-Syahid Syed Qutb dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran :
Begitu juga jika kita melihat kisah-kisah nabi-nabi yang lain. Kisah Nabi Muhammad, dikepung oleh musyrikin Mekah dalam cubaan untuk membunuhnya. Baginda duduk di dalam rumah, menunggu arahan Allah SWT dan akhirnya Allah Mengizinkan mereka tertidur dan Nabi SAW dapat keluar dengan selamat. Perkara-perkara seperti ini tidak langsung mengurangkan keimanan mereka pada Allah. Allah sentiasa ada.
Di dalam kitab Bekalan di sepanjang jalan da’wah, karangan As-Syahid Syeikh Mustafa Masyhur, beliau menyatakan;
"Perkara pertama yang kita perlukan di jalan da’wah ialah perasaan ‘ma’iyatullah’ (merasakan diri sentiasa bersama Allah) dalam setiap langkah, gerak-geri dan diam bahkan pada setiap detik. Sesiapa yang Allah bersama dengannya, ia tidak akan kehilangan sesuatu pun. Sesiapa yang Allah tidak bersama dengannya, maka ia tidak mendapati melainkan kehilangan dan kesesatan".
Allahu Akbar
Mengapa perlu takut dan risau jika kita ada raja segala raja, Yang Maha Berkuasa bersama kita?
Memetik satu ayat dari Al-Quran, surah Asy-Syuara' ayat 62, contoh kisah Nabi Musa ketika Baginda dan pengikutnya berlari menyelamatkan diri daripada Firaun dan tenteranya, sehingga tiba di hadapan laut. Ketika itu, keadaan ibrat telur di hujung tanduk. Tiada lagi tempat untuk lari. Mereka dikepung, dan mengikut logik manusia, mereka tidak akan selamat. Namun keyakinan yang ditunjukkan oleh Nabi Musa di dalam ayat ini, menjadi highlight dalam ayat ini. Sedikit pun iman Baginda tidak tergugat. Rasa Allah sentiasa bersama walau apa ja keadaan sekalipun. Penerangan ringkas ayat ini dijelaskan oleh As-Syahid Syed Qutb dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran :
Di dalam kitab Bekalan di sepanjang jalan da’wah, karangan As-Syahid Syeikh Mustafa Masyhur, beliau menyatakan;
"Perkara pertama yang kita perlukan di jalan da’wah ialah perasaan ‘ma’iyatullah’ (merasakan diri sentiasa bersama Allah) dalam setiap langkah, gerak-geri dan diam bahkan pada setiap detik. Sesiapa yang Allah bersama dengannya, ia tidak akan kehilangan sesuatu pun. Sesiapa yang Allah tidak bersama dengannya, maka ia tidak mendapati melainkan kehilangan dan kesesatan".
Allahu Akbar
Mengapa perlu takut dan risau jika kita ada raja segala raja, Yang Maha Berkuasa bersama kita?
“Syuur Maiyatullah”
Jika kita mampu hadirkan perasan ini, hidup kita akan terarah. Kita tahu yang mana yang pertama dan utama. Kita sedar Dia Sentiasa Bersama kita. Kita takut dan mengharap hanya padaNya. Kita yakin Dia Sentiasa Melihat kita.
Sebagai manusia, kita sering lalai dan alpa. Ada kala kita ingat Allah, ada kalanya kita lupakan Allah(naudzubillah) dalam keadaan yang samada kita sedari mahupun tidak. Namun inilah yang perlu kita terapkan, perasaan inilah yang kita perlu hadirkan. Kita tidak mahu, kita meninggalkan dunia ini dalam keadaan kita lupa pada Allah. Kita tidak mahu, Allah tidak redha dengan kehidupan kita. Apa lagi penting dalam hidup ini selain daripada mendapat keredhaan daripadaNya?
Kerna itu, kita perlu latih diri kita. Hati perlu dididik, dengan tarbiyyah yang sebenar. Ketika masuk waktu solat, tinggalkan dunia sementara, fokus pada ibadah kita. Di saat kita duduk bersantai2, basahkan lidah dengan zikrullah. Ibu saya selalu menasihatkan, di saat kita berzikir/beribadah/solat pun kita boleh kadangkala lalai, bagaimana pula ketika kita tidak mengingati Allah? Jauh sekali. Gunakan peluang yang kita ada untuk ingat padaNya. Latih diri, agar lama2 ia menjadi malakah(kebiasaan) dalam diri. Lama kelamaan, hati menjadi bersih dan memantulkan cahaya Iman yang hakiki.
Innallaha Maana. Sesungguhnya Allah bersama kita.
“Syuur Maiyatullah”
Merasakan kebersamaan Allah
Semestinya, menghadirkan Allah bukan ketika waktu ibadah dan masa senggang sahaja. Bukankah Islam itu agama yang Syamil(sempurna) dan Kamil(menyeluruh)? Islam adalah satu cara hidup(seperti yang ada saya bahaskan dalam post sebelum ini: Islam is the way of life). Setiap saat, setiap minit dan ketika, Allah sentiasa dalam hati kita. Pegang dan yakin sepenuhnya. Jika Allah di dalam hati, kita tidak akan berani melakukan maksiat, kerana sentiasa merasakan Dia Sentiasa Melihat. Jika Allah di dalam hati, kita rasa redha dan tenang saat diuji, kerana sentiasa yakin Dia Akan Memberikan jalan keluar. Dia yang Memberi kita hidup, dan mengatur sebaiknya. Bergantunglah hanya padaNya.
Allah Ada, tiada apa yang kita perlu risau. Yang kita perlu risau, apabila Allah tiada dalam hati kita.
Iman. Yakin. Percaya. Wallahualam.
Iman. Yakin. Percaya. Wallahualam.