Saidatina Hajar
Namamu megah, diingati sepanjang masa
Tiap kali Aidiladha menerpa, inilah nama yang bergema
Kisah Sirah Ibrahim AS diulang cerita
Menjadi pengajaran buat ummat yang kian alpa
Kehidupan yang kau lalui penuh onak dan duri
Ujian yang kau lalui tidak terbayang dek sanubari
Engkau korbankan cinta, kerana Yang Esa
Engkau korbankan yang kau ada, kerana yakin pada yang Empunyanya
Keyakinanmu sedalam lautan
Pengharapanmu setinggi gunung
Ketaqwaanmu setinggi langit
Ditinggal jauh daripada manusia
Ditinggal tanpa bekalan apa-apa
Ditinggal bersama anak kecil, yang masih belum mampu berbicara
Di tanah gersang, ditambah pula teriknya cuaca
Sepertinya tiada harapan, engkau tetap yakin dengan urusan Tuhan
Di sana kau lihat seperti air di hujung pandangan
Anak digendong erat, berlari cuba untuk mendapatkan
Meskipun ia hanyalah fatamorgana yang mengelirukan
Namun kau tetap tidak mengalah meneruskan perjalanan
7 kali larian diulang alik sehabis mampu
Akhirnya ada sesuatu yang lebih besar Tuhan Mahu Tunjukkan
Air mengalir di bawah telapak kaki kecil anakmu
Tidak disangka, tetapi itulah Kuasa Ar-Rahman
Sehingga kini ia masih ada
Menjadi tumpuan sekelian manusia
Memberi manfaat buat semua
Nikmat telaga zam-zam, dirasai bersama
Segala apa yang engkau lalui
Sentiasa menjadi peringatan buat kami
Mungkin ujian kami secebis sahaja daripada ini
Namun engkau buktikan pada kami
Seberat, sesusah, seteruk apapun ujian yang kami alami
Tuhan tidak pernah meninggalkan kami sendiri
Yakinlah, Tuhan sentiasa Ada buat mereka yang percaya
Buat diriku, moga dirimu sehebat namamu :)
Read More