Attarbiyyah fi aidikum. Fi aidukum faqad.
“Okay hujung minggu ni ada seminar Kimia. Kita akan hantar wakil sekolah 2 orang. Cuba cadangkan nama pada cikgu”. Cikgu Kimia ku bertanyakan pendapat umum.
“Hajarrrr..” Namaku depetik. ๐
Alhamdulillah, Allah beri peluang. Terima kasih semua๐ฌ
_______________
Hari Sabtu tiba. Saya dan Naqibah(sahabat saya seorang lagi) dan juga 2 orang pelajar lelaki(dari kelas lain; kerana kami kelas berasingan lelaki dan perempuan) menaiki van menuju ke sebuah sekolah. Seminar Kimia ini dianjurkan oleh guru2 cemerlang, panitia Kimia di seluruh negeri. Dibahagikan dan diadakan mengikut zon. Kami akan diajar tips menjawab soalan dan juga didedahkan dengan soalan2 panas yang mungkin keluar dalam Spm tidak berapa lama lagi.
Van yang kami naiki tiba di perkarangan sekolah yang ditentukan. Mata kami tertangkap pada keindahan laman serta susunan bunga dan juga hiasan2 di sekolah itu. Subhanallah cantik sekali. Pengalaman singgah di sekolah lain sungguh mengujakan, bukan senang kan๐
Kami mula mendaftar dan mengambil tempat duduk. Muka kami masih lagi dalam keadaan awkward dan teruja. Macam budak baru masuk darjah satu gitu haha. Satu kumpulan mewakili satu sekolah. Meja2 telah disusun rapi, digabung dan dirapatkan membentuk segi empat.
Kumpulan masing2 sudah mula bergerak dan mengambil tempat duduk. Lelaki dan perempuan duduk berhadapan. Haaa kami dah cuak dah masatu, nak duduk menghadap lelaki perempuan kee oh tidakkk. Batin kami menjerit. Kami memandang sesama sendiri. Melihat tepat ke arah wajah murabbiku, selaku cikgu kimiaku, Cikgu Zaiton.
“Alih meja, kita buat bentuk L. Cikgu duduk di tengah antara kamu”
Fuhh lega. Cikgu memberi jalan penyelesaian.
Meja dialih dan kami duduk dengan selesa. Still rasa awkward masatu sebab lain daripada yang lain. Semua pakat tengok.
Salah seorang panitia kimia(speaker pada waktu itu) melihat keganjilan itu dan datang menghampiri. Haa sudahh.
“Ni kenapa macam ni ya, ok ke selesa ke tu nak bincang” beliau menyuarakan keprihatinan beliau.
“Ouhh okay je, diorang memang tak campur kelas, bukan apa, takut nanti tak bercakap je” Cikgu Ton jawab bersahaja; meraikan kedua2 belah pihak.
“Ouh yaa, minta maaf ya, saya lupa kamu memang tak campur kelas, ok2 takpe” beliau menjawab mesra; memahami.
Seminar Kimia berlalu dengan lancar Alhamdulillah. Banyak perkara yang saya dapat belajar; dari segi ilmu Kimia dan juga mengenai sesuatu yang amat penting sekali; yang ingin saya kongsikan buat semua.
“Attarbiyyah fi aidikum. Fi aidukum faqad”
Tarbiyyah itu di tangan kamu. Di tangan kamu sahaja.
Kejadian yang terjadi tadi saya ambil sebagai pengajaran. Dalam apa jua keadaan sekalipun, kita perlu pertahankan tarbiyyah dalam diri kita. Kerana ia hanya di tangan kamu, bukan yang lain. Kalau kita tidak ubah, kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk mengubahnya.
Ya benar, kejadian tadi hanya insiden kecil, saya tidak mengatakan duduk berhadapan@bersebelahan berlainan jantina itu suatu dosa, tetapi ia tidak harus dijadikan kebiasaan(melainkan hal2 yang memang tidak boleh dielakkan) dan jika berterusan, sedikit demi sedikit ia akan menjadi semakin longgar, kemudiannya akan memudaratkan naudzubillah. Selagi kita boleh elak, kita ubah sehabis mampu; sampai last choice yang saya pernah ceritakan sebelum ini; uzlah syu’uriyah tammah. Sebagai murabbi, cikgu cuba mengajarkan kami sesuatu yang lebih besar. Supaya kami boleh hadam, untuk bekalan kami buat masa akan datang. Supaya kami tidak mengambil ringan atas setiap perkara. Meskipun ia kelihatan kecil, kuasa merubah tetap di tangan kita.
Andai kita melihat maksiat atau kesalahan, kita telah diajar oleh baginda Rasulullah untuk mencegah perkara tersebut.
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a).
Lakukan sehabis daya apa yang kita mampu.
Nampak kawan kita tidak menutup aurat?
Mengapa tidak menegurnya?
Nampak kawan kita tidak solat?
Mengapa tidak memberitahunya?
Nampak kawan kita couple?
Mengapa hanya menguncikan mulut dan membiarkannya sahaja?
Kita sepatutnya menjalankan tugas sebagai seorang sahabat. Kalau kita tidak tegur, kita mengharap siapa untuk menegurnya? Allah takdirkan kita sebagai sahabatnya dengan sebab. Saling melengkapkan satu sama lain. Iya, bukan mudah. Semakin kita rapat dengan dia, semakin susah untuk kita menegur kesalahannya. Cuba perlahan2. Kita mahu cinta kepada sahabat sehingga syurga, bukan? ๐

Tarbiyyah ini suatu nilai yang sangat berharga. Andai kita dapat, jagalah sebaiknya. Letakkan ia pada tempat yang sepatutnya. Jangan campurkan ia dengan kebatilan yang mustahil dan selama2nya tidak mungkin dapat bergabung dgn kebenaran. Andai ia mulai kotor, sucikan ia. Andai ia semakin berkurang, tambahkan ia. Andai ia semakin longgar, ikatlah ia. Kita tidak mahu kehilangannya selamanya.
Jagalah tarbiyyah dalam diri,
Kerana

Wallahualam.
Read More