Monday, 24 July 2017

Mengenal pasti masalah

Di dalam kelas Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), ketika proses pnp (pengajaran dan pelajaran) sedang berjalan...

Aku merenung lama buku teks tebal di hadapan mata. Membaca ayat tersebut dengan teliti.

"Cg, memang proses pertama untuk menghasilkan kerja kayu kena mengenal pasti masalah ke? Kalau tiada masalah tak boleh buat kerja kayu ya?" Tangan diangkat tanda hormat. Sopan. Calon menantu pilihan. Eh, lebih-lebih pulak๐ŸŒš

"Ya Hajar, mana ada kita buat benda saja2, Contoh kalau kita menghadapi masalah bilik bersepah tidak tahu mahu susun pakaian di mana, kia cipta almari baju, begitu juga dgn inventions yang berlaku dalam dunia ni. Kaji bagaimana peti ais mula diperkenalkan, kereta, juga mesin basuh, dan lain2 lagi. Hatta untuk jadikan sebagai perhiasan pun merupakan satu penyelesaian untuk menjadikan ruangan ceria dan tidak suram"

Aku mengangguk perlahan. Otak mula berfikir. Betul juga ya. Aku cuba mengaitkannya dengan kehidupan. Kalau tiada masalah, mengapa perlu penyelesaian? Manusia menjadi kreatif kerana wujudnya masalah. Manusia menjadi hebat kerana masalah yang telah mereka atasi. Kreatif dalam kehidupan. Berusaha mencari pelbagai cara untuk mengatasi sesuatu masalah. Lihat contoh bagaimana kapal terbang mula diperkenalkan. Bukan dengan satu cubaan. Malah beribu2 cubaan. Ibnu Firnas membuktikan kejayaan dan kemudian di sambung oleh orang lain dengan penambahbaikan demi penambahbaikan. Lihat juga bagaimana Thomas Edison berjaya mnghasilkan mentol lampu. Kebanyakan manusia yang berjaya sekarang menghadapi suatu masa kehidupan yang sukar dahulunya. Termotivasi dengan satu kata2 ni, sometimes, people with the dark past create the better future.

Bila berkata mengenai masalah, ianya suatu perkara yang subjektif. Masing2 tahu semua masalah ada penyelesaian dan manusia tidak diuji melainkan dengan kesanggupannya. Kita tidak perlu menghukum orang lain sesuka hati. We are not in their shoes right? Beri dia masa dan bantu dia dengan nasihat dan doa. Berbalik kepada tajuk. Mengenal pasti masalah merupakan step pertama untuk menyelesaikannya. Kadang2 masalah tidak dapat diselesaikan di sebabkan salah step dalam mengenal pasti masalah. Sebagai contoh, kereta rosak disebabkan tayar yang bocor, tetapi air cond pula yang dibaiki. Adakah masalah kereta tadi selesai? Semestinya tidak.

Banyak senario mutakhir ini yang kita boleh lihat sendiri. Satu contoh saya pernah jumpa. Seseorang ini berkata, dia tidak mahu menghafal Quran, kerana takut akan lupa. Ya betul, lupa boleh menjadi satu musibah untuk para penghafal Quran. Namun, bukan lupa itu yang menjadi masalah. Tetapi, sikap kita yang tidak mengulang dan menjadi lupa itu berkekalan yang patut dipersalahkan. Kita baiki diri kita. Banyak faktor yang berlaku kebanyakannya disebabkan oleh diri kita sendiri. Kadang2 kita rasa sukar untuk belajar, adakah kita perlu berhenti belajar untuk menghilangkan kesukaran itu? Benar, kesukaran itu akan hilang, tetapi kita akan ditimpa berbagai masalah pula selepas itu, seperti masalah keluarga, kewangan dan sebagainya.

Saya pernah dengar satu kata2 ini : "kita tidak boleb lari dari masalah, kerana masalah akan terus mengejar kita. Tetapi, ia boleh diselesaikan dengan cara yang betul." Contoh lagi yang saya boleh bagi, contohnya kita menghadapi masalah dengan rakan kita di kelas, kita bergaduh besar dengan dia disebabkan faktor2 tertentu. Kemudian, kita mengambil langkah mudah pindah daripada sekolah tersebut. Adakah masalah itu akan selesai? Tidak. Kita akan diselubungi rasa tidak tenang setiap kali teringat mengenainya dan pergaduhan itu juga akan berpanjangan hingga ke laman sosial dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan sepatutnya ialah meminta maaf dan menyelesaikan masalah tersebut secara baik. Kedua2 akan berlapang dada malah boleh saling bantu membantu.

Semestinya, dalam menghadapi masalah, kita perlu iringi dengan doa. Tiada kuasa melainkan datang daripada Allah. Mengadu pada Allah. He is our Creator, He knows our best. Benar, hidup ini terlalu banyak cabaran dan dugaan , hidup ini pentas ujian. Sebab itu Allah cipta Syurga dan Neraka. Kita semua akan dapat balasan yang selayaknya. Jangan pernah mengalah. Kena bijak mengenal pasti punca masalah, agar dapat dieselesaikan dengan cara yang betul. Dengan niat dan mengikut syara'. Sama2 kita menempuh kehidupan dengan keyakinan dan kesabaran. Jangan pernah mengalah, ok? ๐Ÿ˜Š

ุงู„َّุฐِูŠ ุฎَู„َู‚َ ุงู„ْู…َูˆْุชَ ูˆَุงู„ْุญَูŠَุงุฉَ ู„ِูŠَุจْู„ُูˆَูƒُู…ْ ุฃَูŠُّูƒُู…ْ ุฃَุญْุณَู†ُ ุนَู…َู„ًุง ูˆَู‡ُูˆَ ุงู„ْุนَุฒِูŠุฒُ ุงู„ْุบَูُูˆุฑُ

Who created death and life that He may try you-- which of you is best in deeds; and He is the Mighty, the Forgiving.




Read More

© Permata di celahan kaca, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena