Saturday, 1 April 2017

Uzlah syu'uriyah tammah

6:15 pm
27 celcius (tak jumpa simbol darjah🌚)
Langit masih teresak2 menangis
Suasana sejuk mencengkam jiwa
Tidaklah sejuk mana sebenarnya, acah2 macam kat oversea je😪

Baru lepas ke padang, buat senaman ringan. Lagi seminggu sebelum tiba hari sukan.
Sempat main sekejap sahaja, hujan rahmat sudah membasahi padang yang menghijau ini. Balik ke bilik penuh kecewa. Bungkus diri atas katil. Bersama kemalasan yang dibungkus bersama. Apalah..aku tak boleh sebegini.

Peluang yang ada harus digunakan. Aku perlu manfaatkan masa yang dianugerahkan.
Teringat pada blog yang sudah agak lama ditinggalkan. Otak ligat berfikir mencari idea untuk dimuntahkan.

Cuba untuk berkongsi walaupun sedikit. Cuba untuk istiqamah walaupun sakit.

Mengimbau waktu ketika di sekolah menengah dahulu. Kata2 mak cik halaqah saya tercetus di fikiran. Saat itu, masih ku ingat, kami bertujuh (kalau tak silap saya) sedang berhalaqah di koop lama sekolah. Koop itu sudah tidak digunakan lagi, terdapat beberapa set kerusi dan meja ditempatkan di situ. Ia menjadi tempat tumpuan pelajar, tempat untuk mengulangkaji, makan dan sebagainya.

Setiap minggu kami akan berhalaqah di situ. Istiqamah hadiri halaqah itu penting kerana halaqah nadi tarbiyyah. Menjadi salah satu wadah untuk kita mengeratkan tali silaturrahim, bertukar fikiran, mengecas kembali iman kita yang sentiasa naik dan turun, serta membincangkan fikrah2 Islami. Dapat halaqah bersama mak cik Rohana, mak cik yang agak tegas orangnya, tinggi tsaqafahnya, serta luas pengalamannya. Mak cik lebih suka membincangkan suatu tajuk itu bersama2 daripada membiarkan kami disuap dengan silibus sedia ada. Komunikasi dua hala secara tepatnya.

"Mak cik nak tanya, situasinya bergini, cuba bayangkan, andai anak2 sedang membawa kereta, kemudian ada perempuan yang berpakaian yang tidak sopan menunggang motosikal dihadapan anak2, melalui jalan yang sama, apa yang anak2 akan lakukan? Adakah anak2 akan melihat perempuan itu dengan iman yang tergadai, ataupun menutup mata kemudian nyawa yang akan tergadai?"

Satu soalan yang cukup menguji kami. Kami semua terdiam, serba salah untuk menjawab.

"Mak cik nak bagi tahu ni. Kamu boleh menyelamatkan kedua2nya (iman dan nyawa) tanpa perlu menggadaikan salah satunya. Menutup itu tidak semestinya tertutup secara zahirnya. Ia boleh ditutup secara batinnya meskipun zahirnya kita tidak tutup. Maksudnya, hati kita tutupkan dari kemungkaran meskipun mata kita dibuka. Konsepnya dinamakan uzlah syu'uriyah tammah. Uzlah bermaksud mengasingkan. Bukan mengasingkan secara zahirnya, tetapi syu'uriyah. Perasaan. Mengasingkan perasaan kita. Tidak redha dengan sesuatu perkara kerana ia sesuatu yang mungkar. Kita melihat bukan kerana redha dengan kemungkaran, tetapi terpaksa untuk mengelakkan kemudharatan. Kalau lepas tu kita tengok lagi walaupun tanpa keperluan? Ha, lihat perkataan yang ketiga. Taammah. Sempurna. Asingkan hati secara keseluruhannya. Jangan redha walaupun sekali dengan kemungkaran. Jangan redha walaupun sedikit dengan kemungkaran. Apa yang Allah kata mungkar, itu ialah larangan yang wajib kita hindari. Uzlah syu'uriyah tammah. Pengasingan perasaan(hati) secara menyeluruh."

Kami mendengar sambil mengangguk-ngangguk. Mendengar mutiara ilmu yang disampaikan untuk dijadikan petunjuk dan bekalan.

"Jadi, apa yang mak cik nak kaitkan dengan anak2 semua? Kenapa tiba2 pula mak cik cakap pasal memandu ni, ada kaitan ke dengan anak2 yang masih belajar ni? Lesen kereta pun tak de lagi."

Haha. Kami menggaru kepala yang tidak gatal. Cuba untuk mencari perkaitannya. Hmm, betul juga ya.

"Perkara sebegini banyak terjadi dalam kehidupan kita. Lebih2 lagi anak2 akan rasai selepas keluar sekolah nanti. Biah(suasana) itu tidak sama. Kita tidak boleh mengharapkan selama2nya kita dapat hidup dalam suasana macam ni. Sebab itu ini tugas kita untuk menyampaikan kepada masyarakat. Suatu hari nanti atau bila2, anak2 akan rasai, alaminya sendiri. Saat kemungkaran sudah berleluasa, jangan pula kita sendiri larut dalam lautan itu. Pupuk jati diri. Kuatkan tarbiyyah dzatiyah. Bila tarbiyyah dzatiyah kuat, campaklah walau di mana sahaja, kita akan menjadi duta2 Islam, Insya Allah"

"Oo, macam analogi ikan dalam laut tu kan mak cik?" Salah seorang daripada kami sudah menunjukkan tanda faham.

"Ya betul, ibarat ikan di laut. Meskipun air laut itu masin, ia tidak meresap ke dalam ikan tersebut. Sebab itulah jati diri itu penting. Jagalah hati agar yang lain turut terjaga"

Insya Allah. Akan kami semat nasihat tersebut dalam diri kami.

Ya Allah, bersihkanlah hati kami, agar kami dapat bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Jangan sampai kami tidak merasakan apa2 setelah berbuat dosa, sehingga ia menjadi malakah(kebiasaan) dalam hidup kami Ya Allah. Semoga kami menjadi duta2 Islam, menunjukkan akhlak Islam walau di mana sahaja kami berada, Aamin..



Read More

© Permata di celahan kaca, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena