Monday, 31 October 2016

Titik persamaan

"Awak asal mana?"
"Asal Perlis"
"Eh, samelah..😉"

"Awak suka baca buku Ramlee Awang Murshid ya?"
"Haah kenapa? Awak minat juga ke?"
"Ya, mestilah, semua buku dia saya ada"

Ini merupakan dialog biasa yang kita dengar dalam kehidupan seharian.
Eh, apa pula persamaan dialog di atas? 🤔 Eh, x tahu pon ada persamaan, ada ke?
Ya mestilah ada, dua2 dialog ini merupakan dialog yang berlaku antara dua insan dengan tujuan untuk mengenali satu sama lain, dan pada akhirnya mereka mengetahui sesuatu perkara yang sama antara mereka dan ia begitu mengujakan.

Apa yang saya cuba sampaikan? Dalam kita berukhuwah ataupun bersahabat, berta'aruf(berkenalan)  itu penting. Kerana apa? Kerana tak kenal maka x cinta😘 Eh silap, x kenal, maka ta'aruf😌

Manusia dalam dunia ini pelbagai. Pelbagai bangsa, pelbagai warna kulit, pelbagai negara, pelbagai keturunan, pelbagai rupa, pelbagai cita rasa, pelbagai perangai, dan macam-macam lagi. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Hujurat ayat 13.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu saling BERKENALAN. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."

Nah, nampak x betapa pentingnya taaruf itu.
Jadi saya ingin sampaikan satu tips untuk bertaaruf, iaitu dengan mencari titik persamaan. Ya, TITIK PERSAMAAN.
Perasan x, kita akan lebih rapat dengan sahabat yang mempunyai banyak persamaan dengan kita. Sebagai contoh, masing2 berasal dari negeri yang sama, ataupun masing2 merupakan anak yang kedua, atau mungkin warna kegemaran mereka adalah sama.

Ya sebab itu kita perlu bertaaruf, barulah dapat mencari titik persamaan!
Kalau kita belajar dalam Matematik mahupun Matematik Tambahan mengenai graf, tidak mungkin lengkung/garis dapat bertemu tanpa adanya satu titik yang menghubungkan mereka.

Ya betul, proses taaruf ini berjalan selama-lamanya. Bukan ketika minggu intensif atau taaruf week sahaja. Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Dan teruslah mencari titik persamaan antara sahabat2 agar ukhuwah menjadi terus kuat. Tidak semestinya kita mencari titik persamaan antara orang tertentu sahaja, ianya wujud pada sesiapa sahaja, cuma kita sahaja yang perlu mencarinya.
Dan semestinya setiap insan mempunyai Fitrah yang sama. Iaitu fitrah mengakui kewujudan adanya Tuhan yang layak disembah. Oleh itu apa yang paling penting ialah kerjasama, eh bukan😅 Paling penting, carilah sahabat mempunyai matlamat mencapai keredhaan Allah agar sama2 dapat meraih syurgaNya, Aaminnn💕

Selamat berukhuwah. Berukhuwahlah kerana Allah. Berukhuwah sampai syurga😊



Read More

© Permata di celahan kaca, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena