Assalamualaikum
Lama sangat rasanya tidak update blog, rasa rindu yang amat2.
Ala kulli hal, Alhamdulillah pada saat ini Allah izinkan mata masih boleh melihat, telinga masih boleh mendengar, tangan masih boleh menulis, otak masih boleh berfikir, dan yang paling penting, hati yang masih boleh mengerti.
Alkisah ketika saya masih di sekolah menengah dahulu.
Ketika di tingkatan 5, sudah menjadi lumrah bagi setiap pelajar untuk bersungguh-sungguh berusaha belajar untuk cemerlang dalam peperiksaan yang besar. Malam itu, seperti biasa, saya dan seorang sahabat saya yang hebat dan solehah, bersama2 mengulangkaji subjek Sejarah di beranda dorm Hafizah. Itulah tempat kami setiap malam berkongsi ilmu. Waktu prep yang dijadualkan kami gunakan untuk mengulangkaji subjek2 yang lebih mencabar, seperti subjek Kimia, Biologi dan lain2. Meskipun begitu, kami cuba sedaya upaya untuk memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Kami akan berhenti belajar sebelum jam 12 malam untuk memberi peluang otak kami berehat. Jam pada waktu itu sudah hampir mencecah jam 12 malam.
"Awak biasanya bangun pukul berapa ya?" Saya bertanya kepadanya.
"Dalam 4:30, kenapa?" Dia menjawab tenang.
"Tolong kejut kita esok boleh?" Saya memanfaatkan kelebihan sang sahabat.
"Boleh, I Allah.. Awak selalu bangun pukul berapa?" Satu soalan ibarat bom atom menerpa.
"Erm, adelah dalam dekat2 subuh tu" Malu2 saya menjawab.
"Saya nak tanya awak.. Sekarang ni kan, apa yang awak hajatkan?" Dia cuba memancingku.
"Mestilah nak cemerlang dalam SPM" Saya pantas menjawab.
"Awak tahu tak, Allah dah janji melalui bicara sang Nabi bahawa solat 2 rakaat sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya. Allah dah janji ganjaran yang sangat besar, melebihi apa yang kita nak, lebih besar ganjarannya dari cemerlang SPM, bayangkan, melebihi dunia dan seisinya! Masya Allah, sangat rugi kalau kita tinggalkan ganjaran yang dah betul2 pasti di depan mata" Dush, satu tembakan bom atom tepat menusuk di dalam hati. Sangat dalam kesannya.
"Haah betul lah .. Kita tak nampak benda tu, apa yang kita nampak, hanya ganjaran dunia yang masih belum pasti kewujudannya, matlamat kita terlalu kecil, kita terlalu mengejar yang nikmat dunia yang kecil dan sementara sedangkan nikmat besar yang Allah janji kita abaikan. Oh, sebab tu lah lepas Subuh Ust Hadi selalu bagi hadis ni kan? Sangat penting rupanya. Terima kasih ibah, saya harap awak boleh bantu saya untuk terus istiqamah bersama2" 😊
"I Allah, sama2 lah kita saling mengingatkan, jomlah masuk dorm, dah lambat ni"
Kami beransur memasuki teratak asrama untuk merehatkan tubuh pinjaman dari Yang Maha Pemurah.
Sungguh, diri ini amat merindui murabbi2 mithali dan sahabat2 solehah sekalian😔
Mari amalkan bersama2 solat sunat yang menjadi amalan Rasulullah.
Kecil atau besar?
Sementara atau kekal?
Ragu2 atau pasti?
Semua atas pilihan kita. Selamat beramal !
Read More