Doa senjata org mukmin
رب اشرح لي صدري، ويسرلي امري، واحلل عقدة من لساني، يفقهوا قولي
"Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekeluan
lidahku, agar mereka mengerti perkataanku"
Bismillah..
Hari ini, dengan izin Allah, terdetik dalam hati ini untuk bercerita tentang doa.
Apakah itu doa? Adakah mesti daripada petikan ayat Quran mahupun hadis sahaja?
Mengapa kita perlu berdoa? Apakah tujuan kita berdoa? Dan... Sudahkah anda berdoa pada hari ini?
Terdapat banyak kisah-kisah nabi yang berkait dengan doa di dalam Al-Quran. Seperti mana yang kita tahu, ada doa Nabi Yunus A.S, doa Nabi Musa A.S, doa Nabi Ibrahim A.S, dan termasuklah doa Nabi Muhammad S.A.W, seperti mana yang terdapat di dalam Al-Mathurat yang sering kita amalkan. Ini bermaksud sejak dari dahulu lagi Allah telah mewahyukan kepada para nabi untuk berdoa kepada-Nya. Ianya menjadi satu contoh untuk diikuti oleh ummat-ummat mereka. Doa yang saya ukilkan di atas juga merupakan salah satu doa yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu dalam surah Taha : 25-28. Ia merupakan doa Nabi Musa A.S. kepada Allah ketika perlu berhadapan dengan Firaun. Dan itulah doa yang sering kita gunakan sebelum menuntut ilmu.
Kenapa pentingnya kita berdoa?
Perkara ini dapat disimpulkan melalui kisah Nabi Musa A.S. juga. Ulasan daripada kisah ini saya petik daripada buku "Lapis2 keberkahan", tulisan Salim A. Fillah.
Kisahnya bermula apabila baginda telah membantu dua orang gadis Madyan memberi minum haiwan ternakan mereka meskipun baginda pada saat itu sangat memerlukan bantuan. Baginda pada ketika itu sangat lapar namun tidak mengharapkan apa2 daripada gadis tersebut atas pertolongan yang telah dihulurkan. Malah baginda berdoa kepada Allah dengan doa:
رب إني لم أنزلت إلي من خير فقير
Yang bermaksud: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku terhadap apa yang Kau turunkan di antara kebaikan, amat2 memerlukan"
Justeru itu terdapat 3 perkara penting yang diajar oleh nabi kepada kita :
1- mengharap hanyalah kepada Allah.
Ini kerana apabila kita meminta kepada makhluk, apa yang kita dapat hanyalah kekecewaan mahupun kehinaan. Apapun hajat kita, kecil mahupun besar, ringan mahupun berat, remeh mahupun penting, hanya Allah tempat mengharap dan meminta pertolongan.
2-menunjukkan adab kita kepada Allah
Doa nabi Musa merupakan contoh satu doa yang sangat beradab. Baginda tidak berdoa: "Ya Allah, berikan..Ya Allah turunkan, Ya Allah sediakan.." Namun baginda berdoa dengan penuh tawadhu' : "Ya Tuhanku, sungguh aku, terhadap apa yang Kau turunkan di antara kebaikan, amat memerlukan"
3-Allah dan ilmu-Nya yang sempurna lebih mengetahui apa yang kita perlukan
Nabi Musa menunjukkan bahawa berdoa bukanlah untuk memberitahu hajat2 kita, kerana Dia Maha Mengetahui. Tapi untuk lebih dekat dengan Allah dan mengharapkan agar Dia redha dengan apa yang Dia limpahkan, Dia ambil, ataupun yang Dia simpan untuk kita. Baginda pasrahkan dirinya kepada Allah dan percayakan anugerah yang dimohonnya pada pengetahuan Allah Yang Dermawan.
"Sesungguhnya ayahku memanggilmu agar dia dapat membalas kebaikanmu yang telah memberi minum ternakan kami"
(Al-Qasas:25)
Masha Allah, akhirnya Allah memberikan Nabi Musa AS 4 perkara iaitu: tempat tinggal, makanan, pekerjaan, dan juga dikahwinkan dengan anak perempuan tersebut.
Itulah balasan yang Allah sediakan bagi orang2 yang beriman dan yakin kepada-Nya. Moga kita sama2 termasuk dalam kalangan orang2 yang berdoa. Aamin...
Read More