Saturday, 19 March 2016

Islam is the way of life


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ini masih diberi kekuatan oleh Allah untuk hidup bagi menyambung rantai-rantai dakwah. Hari ini suka untuk saya kongsikan satu tajuk yang sangat penting yang menjadi asas dan darah daging dalam hidup kita, iaitu berkenaan agama yang telah kita anuti sejak kita lahir, iaitu ISLAM.

Islam is the way of life. Islam sebagai satu cara hidup. Cara hidup yang bagaimana?

Islam ini bukanlah satu agama yang hanya tertumpu pada masjid atau ibadah sahaja. Islam ini bersifat syamil(sempurna), kamil(lengkap) dan mutakammil(melengkapkan), atau lebih mudah difahami sebagai satu cara hidup yang merangkumi seluruh aspek kehidupan, iaitu seluruh pengakuan, percakapan dan perbuatan kita dari bangun tidur sehinggalah kita melelapkan mata. Termasuklah dalam pentadbiran, pemakanan, perbankan, pendidikan dan pelbagai aspek lagi. Semuanya perlulah berteraskan Islam. Masha Allah.. Dan agama yang diredhai Allah hanyalah Islam.

Sebagaimana firman Allah di dalam al-quran:
"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam."(Ali-Imran:19)

Dan untuk apakah kita ini diciptakan? Firman Allah yang bermaksud :
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (Az-Zariyat:56)

Namun begitu apa yang kita lihat pada zaman kini wujud segelintir manusia yang cuba untuk menafikan hakikat ini. Menafikan kebenaran Islam. Menafikan kewujudan Tuhan. Dan seumpamanya. Dan tidak lain dan tidak bukan tugas kitalah untuk mengajak mereka kembali kepada suasana fitrah, kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Saya tertarik kepada satu video dan saya ingin berkongsikan kepada semua pembaca. Video ini menceritakan mengenai hakikat kehidupan, bukti kekuasaan Allah dan mengenai kebenaran Al-Quran.. Dan yang paling penting ialah erti hidup sebagai seorang muslim.

                                                              The meaning of life.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Dan tidaklah saya ini orang yang pandai tetapi saya seorang penuntut yang masih mempunyai banyak kelemahan dan masih dalam proses menuntut ilmu. Namun begitu, proses pembelajaran ini merupakan satu proses yang berterusan hinggalah ke hujung hayat. Saya cuba sampaikan apa yang saya dapat, belajar, rasa dan alami. Semoga kita semua memperoleh pengajaran dan iktibar.

Namun apa yang paling penting yang ingin saya sampaikan di sini ialah bagaimana kita bersyukur dengan 2 nikmat terbesar yang telah diberi oleh Allah untuk kita, iaitu nikmat Iman dan Islam.
Inilah jalan yang terbaik. Kitalah umat yang terbaik. Semoga menjadi hamba terbaik di sisi Allah. Aamiin..


ISLAM IS MY WAY OF LIFE. 



Read More

Sunday, 13 March 2016

Dengan nama Allah saya menulis...

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan oleh Allah nyawa untuk bernafas dan kesempatan untuk saya menulis blog ini. Selawat serta salam juga ditujukan kepada khataman nabiyyin Muhammad SAW kerana dengan susah payah baginda dan para sahabat, Islam masih dapat kita rasai dan amalkan hingga ke hari ini.

Alhamdulillah impian saya yang sekian lama untuk mempunyai blog sendiri telah diperkenankan oleh Allah. Dengan bantuan dan galakan daripada ibu bapa saya, saya berusaha sedikit demi sedikit bagi menjadikan impian tersebut menjadi kenyataan. Saya tertarik dengan satu kata-kata Inggeris ini : "if you want to dream go to sleep, but if you want your dream to become true wake up". Ini bermakna impian sahaja tanpa usaha untuk merealisasikannya adalah sia-sia.

Tujuan utama dan pertama saya menulis blog ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menjadikan penulisan sebagai salah satu wadah bagi saya mengabdikan diri kepada Allah SWT. InshaAllah, untuk itu saya akan berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang saya lalui untuk diambil iktibar dan pengajaran dalam bergelar seorang hamba Allah.

Firman Allah yang bermaksud :
"Dan siapakah lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?" (Fussilat:33)

Rasulullah juga ada bersabda : "Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat".

Saya mula tercetus idea untuk menulis blog ini apabila mendengar kata-kata daripada seorang ustazah yang saya sanjungi, iaitu Ustazah Nurhafizah bt. Musa yang mengatakan bahawa ilmu itu perlu diikat dengan penulisan. Ustazah telah mengupas kepentingan mentacat ilmu dengan panjang lebar dan ianya memberi kesan kedalam hati dan jiwa saya.

Firman Allah SWT di dalam al-quran yang bermaksud :
"Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan" (Al-Qalam:1)

Untuk memastikan ilmu yang kita dapat berkekalan atau tidak lupa, salah satu caranya adalah dengan mencatat atau menulis. Ada juga kata-kata yang menggambarkan bahawa senjata bagi seorang pelajar ialah pena. Oleh itu, pena sepatutnya menjadi sahabat karib bagi mereka yang digelar penuntut ilmu. Namun dalam era dunia digital dan tanpa sempadan ini, pena itu ibarat papan kekunci. Dan oleh kerana itu saya memilih blog untuk menukilkan sesuatu untuk menyalurkan usaha saya berdakwah dijalan Allah. Saya berharap semoga sedikit sebanyak ilmu yang saya ada dapat dikongsi dan dimanfaatkan juga oleh orang lain.

Akhir sekali, saya ucapkan selamat datang dan selamat membaca kepada semua.
Saya berusaha, dan anda juga berusaha. Sama-sama kta berusaha ke arah matlamat yang sama.
Semoga segala usaha kita tercatat sebagai amal soleh. Aamiin..




Read More

© Permata di celahan kaca, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena